Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Selepas 11 tahun berjuang, penyanyi dan pelakon Elyana bebas barah limfoma

Dec 09, 2021 | 12:51 AM



KUALA LUMPUR: Derita penyanyi Tak Tercapai Akalmu, Elyana, 34 tahun, berakhir apabila disahkan bebas dan pulih daripada penyakit barah limfoma tahap empat yang ditanggung sejak 11 tahun lalu.



Selama ini, Elyana tidak pernah berhenti berharap, jauh sekali menyerah kalah berjuang melawan kesakitan yang dihadapi selama lebih sedekad ketika berdepan dengan ujian penyakit, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Berkongsi berita gembira menerusi hantaran dalam laman Instagram (IG), Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal bersyukur, doanya selama ini dimakbulkan Allah.



"Assalamualaikum rakan dan keluarga. Hari ini (Selasa) saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur dengan anda semua. 



"Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil. Kanser saya hilang. Alhamdulillah, Ya Allah.



"Terima kasih Ya Allah, mendengar doa kami," tulisnya.



Elyana menambah beliau gembira apabila akhirnya tubuhnya kembali sihat seperti orang lain dan perkara itu diimpikan selama bertahun-tahun.



"Tak dapat digambarkan perasaan gembira. Sudah terlalu lama tidak rasa gembira apabila tubuh kembali sihat.



"Saya pernah putus asa untuk berjuang. Saya selalu cemburu dengan kesihatan orang.



"Tetapi, saya sangat percaya dengan keajaiban daripada Sang Pencipta. Allah maha baik. I Love You Allah," katanya.



Elyana turut berkongsi beberapa video IG Story ketika sedang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.



Kini, pelakon drama Dunia Baru dan Misi Dania Cun itu sedang menjalani rawatan kemoterapi kelima.



Terdahulu, Elyana pernah membuat kejutan apabila mendedahkan penyakit barah limfoma tahap empat ketika tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.



Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu, beliau menghidap barah sejak 2010 dan jangkaan awal doktor, hanya mampu hidup selama setahun.



Barah itu turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badan seperti rahim, hati dan pangkal paha.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >