Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
3

CERPEN

Selingkuh di Musim Virus Korona Sedang Melanda

Sep 27, 2020 | 05:30 AM

BUKAN senang untuk membuat pengakuan. Lebih-lebih lagi di musim pandemik Covid-19 yang masih belum reda. Ia memerlukan keberanian yang luar biasa di samping memakai pelitup muka dan menjaga jarak keselamatan. Sebagai seorang lelaki aku sudah bersedia melakukannya. Itu pun setelah tujuh bulan aku pertimbangkan soal hubungan kami berdua. Tidak seperti aku, dia masih juga belum mahu mengaku bahawa kami berdua telah melakukan cinta sumbang. Dia kata kami masih dalam kebingungan untuk membezakan antara nafsu dan cinta. Tapi seperti tujuh bulan yang lalu, aku tetap menjawab bahwa nafsu dan cinta saling memerlukan. Kita buang yang satu maka tidak adalah lagi yang satu. Dia tuduh aku tidak bersikap adil kerana mendesak dia membuat pengakuan seperti itu.

Kalau kami masih memerlukan pakaian untuk menutupi aurat atau melindungi cuaca siang dan malam yang berbeza, antara kami berdua sudah tidak ada lagi berlapik kata-kata. Kami sudah tidak ambil peduli untuk menjaga batasan kami. Malah kami senantiasa menggunakan kesempatan berjumpa untuk bercakap tentang hal-hal yang amat peribadi. Lantaran sikapnya yang konon masih mempertahankan martabatnya sebagai seorang isteri, maka cumbu berahiku terhadapnya semakin menjadi-jadi. Aku tahu mengapa dia bersikap seperti itu. Kemungkinan besar dia telah bertahun hidup dalam lingkungan budaya yang mengambil berat tentang keluhuran hidup yang dikandung adat dan agama. Agama melarang manusia yang sudah berumah tangga untuk berselingkuh.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >