Topic followed successfully
Go to BHku'Sempurna' luahan rasa bapa yang ingin baiki diri
Premium
'Sempurna' luahan rasa bapa yang ingin baiki diri
Yang seorang menghasilkan lagu tentang peranannya sebagai seorang bapa dan bagaimana amanah baru itu mengubah hidupnya. Yang seorang pula mengubati rasa rindu pada ayah yang jauh di mata iaitu di Batam, Indonesia, sempena Lebaran yang baru berlalu. BERITA HARIAN mewawancara dua bakat tempatan yang baru-baru ini muncul dengan lagu bertemakan ayah.
May 31, 2021 | 5:30 AM
'Sempurna' luahan rasa bapa yang ingin baiki diri
SEGALANYA BUAT KELUARGA: Rapper dan usahawan fesyen jalanan, Fizz Ghetto, menghasilkan lagu 'Sempurna' sebagai mengimbas perubahan hidupnya setelah bergelar bapa buat Muhammad Hariz Ilhan (kanan) dan Nur Hasya Izzah. Bersama mereka ialah isterinya, Nur Izwani Busrah. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
SEPANJANG hidupnya, 'rapper' dan usahawan selebriti fesyen jalanan jenama Ghettomen Clothing, Fizz Ghetto, bekerja keras tanpa mengenal erti penat lelah kerana ingin melakukan sesuatu yang bermakna.
Lebih-lebih lagi setelah bergelar suami dan bapa kepada dua anak berusia tujuh dan tiga tahun, beliau lebih menitikberatkan amanah mencari rezeki buat keluarga.

