KEPUTUSAN ahli boyband berasal dari Korea Selatan, BTS untuk menyertai perkhidmatan tentera dalam pada masa yang sama telah menamatkan perdebatan hangat selama empat tahun mengenai sama ada bintang pop terkenal, ahli sukan Olimpik dan ahli muzik yang memenangi anugerah untuk negara, harus dikecualikan daripada tugas ketenteraan.
Agensi kumpulan itu, Bighit Music, mengumumkan pada 17 Oktober lalu bahawa tujuh ahli itu "pada masa ini memilih untuk memenuhi perkhidmatan ketenteraan mereka" bermula dengan Jin, yang tertua dalam kumpulan itu.