Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Seniman teater Sabri Buang meninggal dunia

Mar 26, 2021 | 04:22 PM



SENIMAN teater tanah air Sabri Buang menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi (26 Mac) selepas mengalami sesak nafas dan darah beku dalam paru-parunya di hospital.



Anak Allahyarham, Cik Kasih Aqidah, 23 tahun, memberitahu Berita Harian (BH) bahawa bapanya meninggal dunia pada sekitar 9.39 pagi akibat embolisme pulmonari, ataupun darah beku yang menyekat salur darah pada paru-paru.



Cik Kasih berkata bapanya, yang tidak ada sejarah penyakit kronik, telah dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU) pada Ahad lalu dengan keadaan paras gula dalam darah yang tinggi.



Allahyarham kemudian dipindahkan ke wad biasa apabila keadaannya stabil, namun, pagi tadi, beliau dihantarkan ke ICU sekali lagi dek sesak nafas.



“Imbasan CT menunjukkan terdapat darah beku dalam paru-parunya. Sebelum mereka dapat melakukan prosedur untuk merawat darah beku itu, jantungnya berhenti beberapa kali,” kata Cik Kasih.



Allahyarham Sabri, 56 tahun, meninggalkan seorang balu, Cik Junaida Jumari, dan tiga anak.



Seorang seniman yang disegani ramai, Allahyarham seorang penulis dan pengarah teater dan televisyen dwibahasa yang mapan di Singapura dan luar negara.



Beliau pernah menyandang jawatan sebagai ketua Sekolah Drama Fakulti Seni Pementasan Maktab Lasalle-SIA dari 1999 hingga 2003 dan menjadi pengarah artistik Istana Budaya di Kuala Lumpur pada 2004.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >