Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sepupu tebar cinta alam dalam karya

Jun 28, 2022 | 05:30 AM



ENCIK Rusydan Norr dan Cik Sarah Nadia Aidil Tamzil bukan sahaja sepupu yang akrab tetapi merupakan sahabat seni yang sama-sama menyertai Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad) demi pendedahan pada kegiatan seni secara meluas.



Hanya beberapa bulan setelah menyertai badan seni berusia 60 tahun yang berusaha menyegarkan kegiatannya demi mendapatkan penyertaan pelukis muda, Encik Rusydan dan Cik Sarah, 24 tahun, dapat melihat rangkaian kenalan seni mereka ditebar secara meluas.



Cik Sarah yang baru berumah tangga turut menambah karya seninya Healing yang menggunakan palitan pigmen bahan asli daripada batu-batan, arang dan kunyit ibarat melambangkan kehidupan baru buatnya.



Karya tersebut dipamerkan di pameran ulang tahun ke-60 Apad, Grounding Commonalities di ruang seni HEARTH by Art Outreach kini.



Katanya:



"Saya melukis dengan cat minyak tetapi baru-baru ini mula terkesan apabila membaca kisah pelukis cat minyak merata dunia yang menghidap barah dan menemui ajal kerana banyak menghidu bahan beracun dalam cat minyak.



"Seorang datuk saudara saya juga meninggal dunia kerana barah baru-baru ini lantas membuatkan saya lebih peka tentang kesihatan saya.



"Kerana itu, saya mencari bahan gantian untuk saya gunakan dalam lukisan saya. Saya temui batu-batan yang boleh dijadikan bahan pigmen untuk lukisan. Antara cabarannya adalah jenis batu-batan yang terbatas di Singapura serta kesulitan menyiapkan pigmen sendiri kerana ada bahannya yang tidak menjadi."



Cik Sarah juga mengamati beberapa kod moral yoga yang dipanggil 5 Yamas dalam menyisipkan pesanan tentang pemulihan dan ketenangan dalam karyanya.



"Sejauh ini, saya berterima kasih kepada Apad kerana membuka ruang buat saya mempelbagaikan karya saya. Bersama dengan sepupu saya, Rusydan, kami gembira dapat bimbingan dan tunjuk ajar dalam mengetengahkan karya kami," katanya.



Encik Rusydan yang menghasilkan karya seni Neighbourly, Green Finger-nails pula memanfaatkan dedaunan daripada hasil taman masyarakat di kawasan kejiranannya untuk paparkan semangat persaudaraan jiran berbilang kaum yang berkongsi minat serupa berkebun.



Seni ini turut menggabungkan cintanya pada bidang fotografi dengan foto yang dirakam dicetak pada daun yang dikeringkan.



"Saya berminat mengetahui lebih tentang sistem pertanian makanan di Singapura lantas ingin teroka bagaimana seni boleh disatukan dengan hortikultur sebagai kegiatan riadah," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >