Topik diikuti
Pergi ke BHkuCuti sekolah September sudah pun tiba, tetapi tentunya tidak sama seperti tahun-tahun lalu. Lazimnya, waktu cuti sekolah adalah peluang bagi keluarga membawa anak-anak mereka makan angin di luar negara, tidak kira menaiki pesawat ke negara jauh atau merentas Koswe yang sesak. Namun, pandemik Covid-19 telah mengubah cara hidup warga Singapura, dan menyekat perjalanan untuk meninggalkan sempadan negara ini. Bagaimanapun, terdapat banyak kegiatan yang boleh dilakukan bersama anak-anak tersayang di tanah air sendiri. Malah, pemerintah telah melancarkan kempen bagi menggalakkan warga penduduk berbelanja bagi menyokong perniagaan di sini. Bagi mereka yang tidak sempat menempah 'staycation' bagi cuti sekolah September ini, masih terdapat pelbagai tawaran untuk mengunjungi tarikan di serata Singapura. BERITA MINGGU berkongsi lima perkara anda boleh lakukan bersama keluarga anda.