Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Seronoknya bercuti atas kapal!

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Seronoknya bercuti atas kapal!

Dec 30, 2019 | 05:30 AM



PERCUTIAN di atas kapal pelesiran mungkin satu pilihan yang dianggap membosankan.



Ada pula yang berkata ia pilihan percutian warga emas yang dah bersara.



Tetapi pengalaman pertama saya bercuti atas kapal pelesiran menepis semua tanggapan itu.



Hakikatnya, macam-macam kegiatan yang boleh dilakukan di dalam kapal, sehinggakan masa pun macam tak memadai!



Sesuai untuk keluarga, baik yang tua mahupun muda.



Pada mulanya, ketika dapat tawaran naik kapal Genting Dream, saya teragak-agak.



Maklumlah, saya tak pandai berenang, dan takut berada di tengah-tengah lautan yang tidak bertepi.



Lagi-lagi adegan filem Titanic itu asyik bermain-main di benak fikiran saya saja...



Tetapi lega sikitlah saya apabila ibu saya (Rosmalawati Abdul Majid, 57 tahun) dan anak saudara saya, (Nur Airis Arissa Md Saini, 8 tahun) dapat peluang menemani saya bagi percutian kali ini.



Sejurus saja saya melangkah masuk kapal pelesiran tu, mulut saya ternganga.



Ia ibarat hotel bergerak! Lengkap dengan pelbagai kemudahan, dan layanan daripada kakitangan kapal pelayaran itu tip-top.



Saya pun jadi rambang mata, sebab tak tahu kegiatan apa nak lakukan dulu.



Tetapi nasiblah saya memilih pakej lima malam, jadi tak perlulah untuk saya 'kanchiong' nak lakukan semua pada waktu yang singkat.



Setibanya kami di kapal tersebut, kami dapat terus check-in ke dalam bilik kami.



Inilah keistimewaan bercuti atas kapal pelesiran, tak perlulah untuk angkut bagasi dan beg besar ke sana ke mari, berpindah-pindah bilik atau pun turun naik dari satu pengangkutan ke pengangkutan lain.



Minda saya tenang, tak perlu nak berfikir rancang ke sana ke sini... Berbeza dengan semua percutian saya sebelum ini.



Bilik kami pula dihiasi dalam tema Batman, memandangkan kami memilih pakej tema Justice League.



Comel betul! Cadar katil, dinding, televisyen, malahan tandas kami bertemakan Batman.



Bukan sahaja anak saudara saya kesukaan, kami yang dewasa pun turut kesukaan.



Kami mendapat bilik yang mempunyai balkoni, jadi dapatlah kami ambil angin, menghirup udara segar.



Mata saya dihidangkan dengan pemandangan indah saujana mata memandang, sambil menikmati angin laut bersepoi-sepoi meniup muka saya.



Tidak mudah terasa letih atau jemu menunggu kapal berlabuh di destinasi kami - Penang, Phuket, Langkawi, Kuala Lumpur - kerana terdapat pelbagai kegiatan yang disajikan di atas kapal.



Kapal mewah Genting Dream ini mampu memuatkan hingga 3,352 penumpang dalam satu masa.



Dengan saiznya yang luas, ia dapat menawarkan pelbagai kemudahan yang biasanya hanya terdapat di darat.



Antaranya adalah rock climbing, mini-golf, ping pong, bowling, trek berlari-lari anak dan kolam renang.



Saya dan anak saudara puas berendam dalam jakuzi sambil menatap langit biru.



Kami menunggu waktu matahari hampir terbenam, jadi dapatlah kami bermandi-manda tanpa perlu redah terik mentari.



Makan?



Tak ada masalah. Terdapat pelbagai juadah lazat di bahagian halal The Lido untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.



Pada sebelah malam, kami dihiburkan dengan persembahan teater pula!



Pada mulanya, saya tidak meletakkan jangkaan tinggi terhadap persembahan di atas kapal. Tetapi sejujurnya, saya amat kagum dan terpegun dengan mutu persembahan teater yang diadakan!



Persembahan yang paling tidak dapat dilupakan adalah Sonio - A Tale of Two Dreams.



Sepanjang satu jam itu, ada ketikanya terasa debaran yang memuncak tatkala akrobat dilambung ke udara tanpa jejaring keselamatan yang sedia menyelamatkannya jika beliau terjatuh. Si ahli silap mata pula 'mengerat' badannya di paras pinggang.



Pada waktu yang sama, diri ini teringat sarkas yang baru-baru ini saya hadiri, Cirque du Soleil.



Konsert penuh tenaga dan bermutu tinggi itu betul-betul menyeronokkan dan saya kagum dengan usaha mereka untuk menghiburkan kami di atas kapal.



Pada waktu pagi, anak saudara saya mengambil bahagian dalam cabaran Justice League di mana dia mengumpul lapan setem menerusi permainan yang berlangsung di beberapa tempat di kapal.



Dia tak henti tersengih-sengih bila dapat hadiah mainan (plushed toy), dan beberapa kali memberitahu saya dalam bahasa Inggeris: "Ini percutian paling best!"



Pada malam kedua terakhir kami di kapal, kami berpeluang untuk menikmati bunga api gah, yang menyinari pekat malam di tengah lautan.



Waktu itu sangat indah, dan merupakan antara detik manis yang saya bawa pulang.



Setelah kami selamat sampai ke tanah air, saya tidak rasa letih seperti balik melancong dulu.



Bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga secara santai dan tidak mahu percutian yang memenatkan... kapal pelayaran pilihan yang sesuai dan tentunya, berbaloi.




Kirimkan pengalaman melancong anda



ANDA baru pulang mengembara atau melancong dan mempunyai kisah serta foto menarik yang ingin dikongsi?



Halaman ini mengalu-alukan sumbangan sukarela anda.



Kirimkan pengalaman melancong atau lawatan anda ke luar negara dalam bentuk rencana kepada pengelolaruangan Kembara GAH menerusi e-mel bhgah@sph.com.sg.



Tulisan anda sebaiknya mengandungi antara 550 dengan 600 perkataan.



Gambar pula mesti dalam format .jpg dengan resolusi sekurang-kurangnya 300 dpi dan disertakan sekali penerangan (kapsyen) bagi setiap gambar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >