SEOUL: Pelakon popular drama Korea (K-drama), Seo Yea-ji, telah memohon maaf atas kelakuannya sebelum ini, antaranya melayan bekas teman lelakinya dengan cara yang kasar serta sering memarahi, termasuk memaki hamun, kakitangan agensi pengurusannya.
Permohonan maaf itu dilakukan beliau hampir setahun selepas pelakon drama, It's Okay To Not Be Okay (2020), mendapat liputan media meluas kerana dakwaan kelakuan buruknya itu terdedah pada waktu yang sama dengan K-drama terbarunya ketika itu, Eve.