Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Shila Amzah ingin lancar konsert jelajah

Jan 04, 2023 | 05:30 AM



SEMANGAT juang dan tidak rapuh walau badai datang melanda dalam hidupnya begitu ketara pada diri penyanyi Malaysia bersuara emas, Shila Amzah.



Pada 2022, Shila, 32 tahun, mengumumkan beliau secara rasmi sudah berpisah dengan suaminya Haris Idraki Elias dan berstatus ibu tunggal kepada Seth Uwais, tiga tahun.



Shila yang merupakan penyanyi undangan utama bagi program 'menghitung detik sambutan Tahun Baru 2023', Let's Celebrate, di Promontory@Marina Bay, menjelaskan beliau ingin tenaga positif yang baik-baik sahaja tahun ini.



Dalam acara yang dihadiri seramai 500,000 orang itu, beliau yang menguasai bahasa Mandarin dengan baik sehingga menjuarai peraduan Asian Wave di Shanghai, China, mendendangkan dua lagu - satu lagu Mandarin Ji De dan satu lagi lagu Destiny's Child, Survivor.



Ikuti wawancara Berita Harian bersama Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah.



Soalan (S): Apa perasaan Shila dapat menyambut Tahun Baru dan menghiburkan setengah juta orang di Singapura?



Shila: Ini merupakan satu peluang yang cukup berharga. Saya jarang sekali membuat persembahan di luar di mana orang awam dapat hadir secara percuma.



Kebiasaannya, saya akan serikan acara privet untuk sambutan Tahun Baru.



Ia peluang yang luar biasa dan saya benar-benar rasa diterima ramai. Alhamdulillah.



S: Shila pernah menyambut Tahun Baru di China. Bagaimana perbezaannya?



Shila: Saya berada di China untuk Tahun Baru pada 2012, 2013 dan 2014.



Sambutan di sana memang pada skala besar, sama seperti jika mereka meraikan Tahun Baru Cina.



Ada beberapa acara privet sempena Tahun Baru yang saya hadiri ketika itu.



Dari segi bunga api, memang orang China ni bikin besar-besaran. Sambutannya dari siang sampai malam.



S: Pada 2023 ini, adakah kita dapat melihat Shila Amzah yang baru?



Shila: Saya tak katakan 2022 adalah tahun yang tak 'best'. Mungkin yang tak 'best' hanya 10 peratus manakala 90 peratus daripadanya merupakan kenangan manis.



Saya takkan lupakan pengalaman yang mengajar saya untuk hargai apa yang datang dengan penuh iktibar.



Pada 2023, saya akan adakan konsert jelajah buat peminat saya...harap-harap termasuk lokasi di Singapura.



Selepas Gegar Vaganza 9 (GV9), ada yang tanya bila nak buat konsert, bila nak ada album baru.



Lagu baru dah keluar, Jauh Hati. Ia akan dilancarkan bulan ini juga.



S: Shila banyak menyentuh tentang menjaga diri sendiri. Apa yang diusahakan tahun ini?



Shila: Konsep menjaga diri sendiri atau 'self-care' ini berlainan untuk setiap individu.



Bagi saya, seandainya saya rasa suram, saya akan bersenam. Secara saintifik, bersenam akan mengeluarkan hormon gembira iaitu endorfin yang sangat diperlukan setiap manusia.



Selain itu, saya akan pastikan apabila saya keluar rumah, saya kelihatan sudah bersiap meskipun sekadar nak ambil bungkusan barangan yang dikirim kepada saya.



Sebelum ini, saya ambil langkah sambil lewa. Persiapan datang dengan disiplin agar kita tahu jaga diri dan penampilan kita dengan hari yang kita lalui itu akan jadi lebih baik lagi.



Selain itu, saya akan dekatkan diri dengan teman dan keluarga. Penjagaan diri saya sangat asas dan sederhana.



S: Bagaimana sukan memperkasa diri anda?



Shila: Sukan memperkasa diri saya apabila dilanda masalah atau masalah kesihatan mental.



Dahulu, saya senang bersendirian di bilik, tak keluar dan tak makan kalau 'mood' tak baik atau rasa resah.



Saya mengabaikan diri saya dan kalau keluar rumah pun, macam terasa terpaksa untuk bertemu teman.



Namun sekarang, apabila saya main badminton bersama 15 hingga 20 orang dan kami bertukar rakan gandingan, saya dapat tenaga daripada setiap orang.



Apabila saya tidur, saya rasa puas. Minda dan badan rasa ringan. Sukan bukan sahaja menguatkan dalaman tetapi kesihatan minda juga untuk teruskan pekerjaan.



Sebab tugas saya sebagai penyanyi pun menggunakan tenaga tanpa sedar.



S: Apakah perkara yang Seth buat yang menggembirakan anda?



Shila: Seth pelat dan dia tak boleh sebut huruf 'M' dan digantikan dengan huruf 'B'. Misalnya 'mummy' jadi perkataan yang tak elok disebut atau didengar. Kadang saya tak tahu nak ketawa atau nangis.



Tapi baru-baru ini, Seth dapat balas ucapan 'Hi Sayang' yang saya selalu berikan kepadanya. Dia pun panggil saya 'Hi Sayang'.



Saya rasa tak payah ada orang lain nak sayang kita. Kita dah ada sayang kita.



S: Apa ucapan Tahun Baru 2023 anda buat peminat?



Shila: Semoga tahun baru 2023 ini dipenuhi dengan kebahagiaan, keceriaan, kesejahteraan dan kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >