Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

BOLLYWOOD

Simrat ‘aktres tali pinggang hitam karate’ cipta nama dalam filem

Oct 23, 2023 | 05:30 AM



Dengan tali pinggang hitam karate yang dimiliki Simrat Kaur, mengapa gadis lasak ini membina impian mewarnai dunia perfileman?

Apa yang menakjubkan, Simrat, 26 tahun, berjaya mencipta nama dalam filem, Gadar 2 sebagai isteri pelakon. Utkarsh Sharma, dan menantu pelakon veteran Sunny Deol.


Simrat memulakan kerjaya seninya dalam filem Telugu, Prematho Mee Karthik sebelum berlakon dalam filem Parichayam, Soni dan Dirty Hari.


Dalam wawancara bersama majalah Filmfare, Simrat berkata:


“Awalnya, saya memang tidak mahu menjadi bintang filem tetapi selepas itu, saya gembira untuk menjadi seorang model. Cuma saya kurang bimbingan dan tak tahu bagaimana nak rancang arah tuju saya dalam kehidupan.

“Saya gembira dapat tunjuk ajar daripada Sunny dalam Gadar 2. Katanya, jangan gentar. Jadi diri saya sendiri sebab beliau orang biasa sahaja seperti saya.


“Daripada situ, saya perolehi kekuatan dan keyakinan untuk berikan yang terbaik dalam filem tentang perjuangan itu.”

Buat masa ini, Simrat sibuk membina kerjaya lakonannya dan tiada masa untuk bercinta.

Menurutnya, beliau enggan mendesak seorang lelaki untuk sentiasa berada di sisinya atau menyayanginya.

“Akan ada masanya nanti apabila saya akan temui lelaki yang tenang dan penyayang, mencintai saya seadanya tetapi bukan buat masa ini,” jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >