Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Siswi NTU ingin terbang tinggi dengan muzik positif

Bakat baru, Shazza, teruja diundang ke keramaian Disney+ bagi merai drama 'Ms Marvel'
Jul 01, 2022 | 05:30 AM



SEJAK berusia 11 tahun, penyanyi Singapura, Shareefa Aminah, atau lebih dikenali dengan nama pentas Shazza, mempunyai bakat mencipta lagu.



Beliau dibesarkan dengan lagu-lagu penyanyi kegemaran ibu bapanya, Norah Jones dan Black Eyed Peas.



"Saya sangat bersyukur dengan keluarga saya sentiasa menggalak saya dalam bidang nyanyian," kongsi mahasiswi Sekolah Komunikasi dan Maklumat Wee Kim Wee di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu.



Pada usia muda 21 tahun, pencapaian Shazza boleh dibanggakan apabila beliau diundang menyajikan persembahan lagu Pity Party pada keramaian Disney + SG's Ms Marvel Cosmic Block Party yang diadakan di Ten Square, baru-baru ini.



Acara ini antara lain diadakan sempena pelancaran siri drama mengenai adiwira gadis Islam pertama dalam francais filem Marvel, Ms Marvel, di aplikasi penstriman Disney+.



Dalam wawancara Berita Harian bersamanya, Shazza menjelaskan beliau ingin mengorak langkah serius dalam mengembangkan masa depan dan kerjaya dalam bidang seni suara.



Shazza menggabungkan apa yang dipelajari di sekolah dalam memasarkan lagu yang dikeluarkan.



Beliau malah muncul dengan lagu baru berjudul Be Kind.



"Dalam setiap lagu yang saya keluarkan, saya ingin menyampaikan pesanan yang saya perhatikan dalam kehidupan harian saya," tambahnya.



Menurutnya, pesanan di sebalik lagu Be Kind adalah bagi mendorong lebih ramai orang mempunyai sifat peri kemanusiaan dan belas kasihan kepada orang sekeliling meskipun hidup kita sentiasa sibuk.



Beliau juga telah mengeluarkan lagu bertajuk Pity Party pada awal tahun ini.



"Saya berasa amat teruja dan bersyukur dengan respons positif pendengar terhadap lagu Pity Party.



"Ia telah memperolehi lebih daripada 100,000 pendengar di platform digital seperti Spotify dan YouTube.



"Di ruang komen YouTube lagu Pity Party, ramai kagum dengan bakat Shazza.



"Ada juga yang tidak sangka yang lagu itu dikeluarkan oleh penyanyi Singapura," kongsinya.



Ramai pendengar juga dapat kaitkan makna di sebalik lagu tersebut dengan kehidupan mereka.



Ini memberi motivasi kepada Shazza untuk mencipta lebih banyak lagu yang menyentuh jiwa.



Lagunya juga sudah berkumandang di stesen radio 987 dan Kiss92.



"Kadangkala, sambil saya berada di dapur, saya juga memperoleh idea bagi lagu saya.



"Namun, fokus utama saya adalah mempamerkan dan mengaitkan emosi saya di dalam lirik.



"Sebagai penyanyi yang berhijab dan masih muda, saya ingin menjadi inspirasi kepada belia di luar sana.



"Saya berharap saya dapat mencetuskan perubahan dalam industri seni suara serta memberi motivasi kepada mereka agar mengejar apa sahaja impian yang ingin dicapai," tambah Shazza.



Mengenai acara Disney + SG's Ms Marvel Cosmic Block Party yang dijayakan, Shazza menganggapnya sebagai acara sungguh bermakna.



"Sejak kecil lagi, saya kagum dengan watak komik Ms Marvel, adiwira remaja beragama Islam dan berbangsa Pakistan itu.



"Watak itu seperti menggambarkan siapa diri saya yang sebenarnya. Seorang gadis Melayu dan kaum minoriti yang berjuang dalam konteks masyarakat sekular," jelasnya.



Mengenai masa depannya, Shazza mempunyai hasrat terus berkecimpung dalam bidang seni suara dan mengorak langkah menebar sayap ke luar Singapura suatu hari nanti.



Beliau juga ingin memaparkan bahawa bakat dan potensi anak seni Singapura boleh disetarakan dengan bakat artis di luar negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >