BELIAU berdiam diri dan enggan menjawab pertanyaan media selepas dituduh menjadi ‘penyondol’ rumah tangga artis kelahiran Singapura Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah.
Namun kini, pelakon jelita dari Malaysia, Sophia Albarakbah, 30 tahun, telah bersuara dan berkata fikirannya terganggu selepas dituduh sedemikian dan menyusuli itu dicaci oleh warganet.
“Sejujurnya, memang sakit dan emosi jadi kacau-bilau, lebih lagi, saya masih dalam proses penggambaran. Tetapi, bila emosi terganggu, saya mendapat sokongan keluarga dan pasukan penerbitan.
“Saya baru sahaja selesai penggambaran drama, baru-baru ini. Bila ada sokongan baik, saya tidak tertekan sangat walaupun perasaan memang sakit.
“Dan pada masa sama, kesakitan boleh digunakan ketika saya berlakon,” katanya, dalam wawancara dengan Berita Harian Malaysia (BHM).
Beliau sedang merujuk kepada penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang menggandingkannya dengan Aliff.
Buat masa ini, drama arahan Osman Ali dan Yus Yusop itu sudah selesai dan beliau berasa tiba masanya untuk berkongsi pandangannya.
Sophia berkata beliau tidak boleh ‘menutup mulut’ orang yang mencercanya tanpa mengetahui apa yang berlaku.
Namun, beliau turut akur berasa lega kerana tidak lagi perlu bergandingan dengan Aliff di set penggambaran dan kini boleh berehat.
“Alhamdulillah, keseluruhannya telah diselesaikan dengan baik. Saya kini sedang berehat,” katanya.
Ditanya pandangan apabila Aliff tidak mahu bekerjasama dengannya lagi, Sophia berkata beliau menghormati keputusan Aliff yang memutuskan enggan bergandingan dengannya selepas kontroversi tercetus.
“Saya tak boleh cakap apa-apa sebab Aliff berhak dengan keputusannya.
“Tetapi, kami sangat profesional biarpun orang cakap dingin atau fikir apa sahaja. Saya dan Aliff bersikap matang di lokasi sebab ini adalah kerja dan kami diberikan tanggungjawab untuk kerja.
“Takkan kami tidak mahu bertanggungjawab selepas apa yang berlaku. Setiap orang berhak ada keputusan masing-masing, saya tiada hak nak marah,” katanya.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul
1/3
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
31
0
Sophia Albarakbah mengaku jiwa kacau didakwa ‘penyondol’
Pelakon M’sia lega selesai penggambaran drama dengan Aliff Aziz setelah dikata ganggu rumah tangga dengan Bella Astillah
Mar 31, 2023 | 06:00 PM