Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

SINAR SYAWAL

SUAMI: Tarik nafas lega... dapat berjimat bila bazar tutup. ISTERI: Fuhh... rajin masuk dapur... mudah ada bahan siap segera

May 27, 2020 | 05:30 AM



SATU Syawal yang disambut pada Ahad lalu dengan hanya 'duduk di rumah' tentunya menimbulkan kesyahduan.



Maklumlah, amalan bersolat Aidilfitri di masjid dan kunjung-mengunjung tidak dapat dilakukan gara-gara patuh dengan arahan untuk tidak keluar rumah sepanjang tempoh pemutus rantaian jangkitan ini, kecuali untuk sebab-sebab penting.



Namun, di tengah-tengah kepiluan ini ada juga kesan positifnya.



Antaranya, keluarga terutama kaum bapa, boleh tersenyum lebar, kerana tidak perlu berbelanja besar untuk menyambut Hari Raya, berbanding tahun-tahun yang sudah.



"Memang terasa kurang meriah... tidak pergi ke bazar sebab tidak ada bazar yang dianjurkan, baju pun pakai yang tahun lepas, kuih pun buat cukup syarat saja, langsir semua tidak berganti," akur bapa tiga orang anak remaja, Encik Salleh Razlan.



"Tapi bila dah semakin dekat nak Raya ini, terfikir juga banyak penjimatan tahun ini. Kalau tidak senangsenang $500, $600 akan dibelanjakan untuk persiapan Raya. Lagi-lagi dalam keadaan ekonomi tidak menentu ni, alhamdulillah dapat berjimat," kata beliau, seorang pegawai awam.



Encik Salleh, 46 tahun, berkata dengan Ramadan dan Syawal disambut dalam tempoh pemutus litar, keluarganya juga menikmati satu lagi 'kesan positif' - iaitu dapurnya sering berasap, malah isterinya pun buat julung- julung kali sejak sekian lama, membuat kuih Hari Raya sendiri.



"Hampir tiap-tiap hari orang rumah saya masak untuk berbuka puasa, jadi macam projek dengan anak sulung saya yang perempuan. Tiaptiap hari sediakan menu.



"Untuk Hari Raya ini, mereka pun anak beranak buat kuih tat sendiri. Jika tidak selalunya kita main order saja kuih online atau beli di bazar.



"Ini bukan hanya satu penjimatan, tapi ialah bukan selalu kita dapat nikmati juadah hasil air tangan isteri dan anak sebab mereka pun sibuk dengan kerja dan sekolah," ujar Encik Salleh, yang isterinya bertugas sebagai pegawai kanan pentadbiran.



Bersetuju, seorang lagi kaum Adam, Encik Irwandi Jamal, 40 tahun, berkata isteri dan anak perempuannya juga ghairah siapkan juadah Hari Raya.



Mereka telah mencuba resipi istimewa dalam minggu-minggu terakhir Ramadan dan sudah yakin dapat menghasilkan juadah yang sesuai untuk santapan 1 Syawal nanti.



"Sebelum ini, setiap tahun saya ambil lauk dari rumah emak dan emak mentua saya sahaja. Ambil sedikit sahaja untuk kami sekeluarga makan sebelah pagi lepas balik solat. Kemudian kami pergi rumah keduadua orang tua, kami makan lagi di rumah mereka," katanya sambil tertawa besar.



"Memandangkan tahun ini tidak boleh pergi berkunjung ke rumah orang tua kami, isteri dan anak perempuan saya volunteer nak masak. Saya sudah rasa juadah yang mereka hendak siapkan Raya nanti sebab mereka sudah hidangkan sikit masa iftar, suruh test katanya. Saya cakap pass!" tambah Encik Irwandi lagi.



Kaum wanita pula - lebih-lebih lagi yang baru berjinak-jinak menyiapkan juadah Hari Raya - lebih yakin dengan adanya begitu banyak pilihan lauk-pauk instant di pasaran.



Daripada rendang, ke ayam masak merah malah sambal goreng pengantin, semuanya boleh dibeli sahaja di pasar raya-pasar raya atau secara online.



Dalam laporan akhbar ini sebelum ini, syarikat-syarikat pes segera setempat mencatatkan permintaan yang meningkat, di luar jangkaan.



Cik Suriani Mustafa, 34 tahun, berkata beliau 'jatuh cinta' dengan dapur semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan. Dan kisah cinta beliau itu berputik kerana pes segera.



"Begitu mudah nak masak dengan pes segera, kalau tidak memanglah saya malas nak ke dapur," katanya, jujur.



"Sepanjang Ramadan, saya cuba pes apa yang lebih sedap atau kena dengan citarasa keluarga saya. Kemudian saya buat perubahan, tambah sedikit bahan-bahan untuk eksperimen.



"Syawal ni, buat pertama kali, meja saya penuh dengan juadah yang saya sendiri siapkan," kata ibu dua orang anak itu, yang bekerja dalam bidang pengurusan rantaian bekalan.




SUARA KAUM ADAM



"Memang terasa kurang meriah... tidak pergi ke bazar sebab tidak ada bazar yang dianjurkan, baju pun pakai yang tahun lepas, kuih pun buat cukup syarat saja, langsir semua tidak berganti... Tapi bila dah semakin dekat nak Raya ini, terfikir juga banyak penjimatan tahun ini. Kalau tidak senang-senang $500, $600 akan dibelanjakan untuk persiapan Raya. Lagi-lagi dalam keadaan ekonomi tidak menentu ni, alhamdulillah dapat berjimat."
- Encik Salleh Razlan, bapa tiga anak remaja.




SUARA KAUM HAWA



"Sepanjang Ramadan, saya cuba pes apa yang lebih sedap atau kena dengan citarasa keluarga saya. Kemudian saya buat perubahan, tambah sedikit bahan-bahan untuk eksperimen. Syawal ni, buat pertama kali, meja saya penuh dengan juadah yang saya sendiri siapkan."
- Cik Suriani Mustafa, ibu dua anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >