Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

MUZIK SETEMPAT

'Suara Utara' gegar Stadium Woodlands

Apr 01, 2022 | 05:30 AM



SORAKAN gemuruh 500 penonton menggegarkan Stadium Woodlands di konsert Rok 'Rock Untuk Rakyat' yang baru sahaja berlangsung Jumaat lepas dan menampilkan senarai gandingan pemuzik rok tanah air baru dan veteran.



Konsert dua jam anjuran Kelab Masyarakat Woodlands dengan kerjasama Komuniti Reben Kuning adalah sebahagian daripada program bimbingan muzik untuk menampilkan bakat baru yang dicungkil melalui inisiatif yang diberi nama Projek Suara Utara.



Lagu pembuka tirai pada malam itu, Suci Dalam Debu yang pernah dipopularkan kumpulan Iklim diberi nafas baru oleh kumpulan Xin4Nia dengan persembahan yang cukup mantap.



Boleh dikatakan persembahan mereka yang diiringi suara vokalis, Fuad Aziz bertenaga dan mampu menghambat hati penonton.



Xin4Nia adalah salah satu kumpulan yang telah menerima bimbingan dari Elektrikar, kumpulan band yang dianggotai pemuzik veteran tanah air seperti gitaris Addy Cradle dan Aliff Putra yang juga bertanggungjawab memberi bimbingan kepada pemuzik-pemuzik yang baru mula menapak.



Selain Xin4Nia, bakat baru pada malam itu termasuk kumpulan XC dan penyanyi solo Noh Searching dan Muhammad Naser Hamid yang ingin dikenali sebagai Trojan, juga turut memberikan persembahan yang memukau malam itu.



Kata Trojan, seorang bekas penagih dadah: "Saya beruntung kerana keluarga saya serta isteri tersayang masih memberikan saya sokongan dan mendoakan saya walaupun saya telah berulang kali membuat kesilapan".



Trojan sudah berjaya menjauhi dadah selama 12 tahun dan lebih fokus untuk memperbaiki dirinya.



Turut menjayakan konsert ialah nama yang tidak asing lagi di persada seni rok khususnya. Mereka juga telah lama tidak membuat persembahan secara 'live' di depan penonton sejak wabak Covid-19 menghambarkan suasana Industri muzik.



Ryzall Noh selaku vokalis Elektrikar ketika ditemu duga baru-baru ini, berkata:



"Konsert itu telah menepati objektif utamanya iaitu mempamerkan bakat besar baru tanah air. Dan saya masih dapat rasakan keterujaan dari penonton pada hari itu, mereka sangat memberi semangat kepada kami yang beraksi di pentas".



Ryzall turut berduet dengan penyanyi Audra untuk lagu 'Jangan Pisahkan' nyanyian asal Deddy Dores dan Mayansari dari Indonesia.



Walaupun penyanyi Iskandar Ismail atau lebih dikenali sebagai Eiss bakal menyiapkan diri untuk kembali menyanyi di kelab malam setelah lebih dua tahun pekerjaannya itu terjejas, persembahan beliau pada malam itu sangat sangat bertenaga dan dapat dirasakan oleh penonton di Stadium dan juga di laman FB Suara Utara, di mana konsert itu turut disiarkan secara langsung.



"Terbaik Eiss," "Powerlah Eiss" antara komen-komen dikongsi oleh penonton di rumah yang turut merasakan bahang konsert malam itu.



Namun begitu acara yang paling kemuncak pada malam itu ialah apabila mantan penyanyi Man Toyak ditarik ke pentas untuk turut menyanyi bersama Ryzall Noh.



Beliau yang sudah bersara dari bidang nyanyian tidak dapat menolak permintaan itu dan memberikan persembahan 'Kamelia' yang mengusik jiwa mereka yang menyaksikannya.



"Sebenarnya, saya pernah mengundang Abang Man Toyak untuk tampil dalam salah satu episod Suara Utara, tapi dia menolaknya keras" kata Penerbit dan Ahli Jawatankuasa Suara Utara, Deanna Manto. "Abang Man Toyak berada di Stadium pada malam itu sebagai penonton saja, tapi kami berjaya memujuknya untuk menyanyi. Selepas persembahan dia memeluk erat teman-temannya di pentas dan setelah itu saya dapat lihat dia menangis, penuh dengan emosi," tambah Deanna lagi.



Seorang penonton yang menyaksikan konsert malam itu juga teruja mendapat menyaksikan persembahan 'bonus' pada malam itu.



Cik Mardhiah Rahim, 43 tahun, berkata:



"Acara malam itu sudah padat, tetapi acara 'surprise' yang tidak dirancang itu menambah keistimewaan Rock untuk Rakyat. Lagu-lagu yang dipersembahkan juga adalah lagu malar segar yang kita sudah tahu dan boleh nikmati".



Kejutan tidak sampai di situ saja. Stadium terus dihiburkan oleh penyanyi Fuad Rahman yang merupakan penyanyi yang paling dinanti-nantikan malam itu.



Beliau juga tidak menghampakan penonton dengan lagu 'Opera Hidup' dan lagu terbarunya 'Patah'.



Sebelum turun pentas, Fuad diberitahu rakan duetnya Mira juga ada di stadium dan menjemputnya ke pentas untuk berduet lagu yang pernah dipopularkan mereka berdua berjudul 'Bila Rindu'.



Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar, yang juga Penasihat Akar Umbi kepada GRO GRC Sembawang (Woodlands) selaku pengasas projek itu berkata beliau sangat berpuas hati dengan sambutan yang diterima pada malam itu.



Beliau turut berharap mendapat sokongan daripada badan-badan lain supaya inisiatif ini dapat terus dijalankan. Musim kedua Suara Utara akan kembali pada bulan Julai ini dan akan merangkumi genre muzik lain juga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >