Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

RINGKAS

Syafinaz dorong dua bakat yang pernah diadili

Nov 23, 2021 | 05:30 AM



PERTEMUAN itu kadangkala diatur 'cantik' selang bertahun lamanya apabila kedua-dua pihak kian matang.



Inilah yang terjadi apabila guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, 48 tahun, dipertemukan semula dengan dua bakat nyanyian dari peraduan realiti yang kini sudah matang dan bergelar ayah atau ibu.



Sekitar 14 tahun lalu, beliau mengadili peraduan Anugerah 2007 anjuran Mediacorp Suria di Singapura.



Di situlah, beliau bertemu dengan remaja bernama Aliff Aziz, 16 tahun, yang berjaya memikat hati ramai dan bergelar juara.



Pada tahun yang sama juga, Syafinaz mengadili rancangan One In A Million yang banyak menghasilkan bintang hebat seperti Faizal Tahir, Alif Satar dan Dayang Nurfaizah.



Dalam kalangan mereka, wujud bakat Cina yang fasih berbahasa Melayu, Suki Low, juga 16 tahun, yang tersingkir dari peraduan pada mulanya tetapi diserap masuk ke dalam peraduan itu dan akhirnya bergelar juara.



Kini, kedua-duanya sudah dewasa dan berada di depan mata Syafinaz sekali lagi untuk diadili dalam peraduan Gegar Vaganza 8 (GV8).



Syafinaz, dalam ulasannya kepada kedua-dua peserta, hanya berharap mereka dapat membina jenama baru mengikut kesesuaian usia mereka yang lebih matang kini.



"Kalau kita tutup mata dan dengar Suki nyanyi, kita sangka dia orang Melayu. Sebab kefasihannya menyanyi lagu Melayu... tak terkesan pun dia bukan Melayu.



"Sebutannya baik. Saya berharap Suki tidak akan takut untuk menampakkan diri Suki yang sebenar, yang lebih matang kini.



"Awalnya saya kesan suara awak menggeletar sebab dah lama tak naik pentas mungkin... gementar. Tapi lama-kelamaan, persembahan menjadi mantap," ujar Syafinaz mengenai Suki yang kini menjalankan perniagaan gubahan bunga dan kek selain menerima undangan menyanyi di majlis korporat.



Mengenai Aliff pula, Syafinaz berharap bintang asal Singapura itu tidak sia-siakan peluang membina jenama barunya di pentas GV8 kini.



"Dari umur awak 16 tahun lagi, saya tahu awak memiliki suara yang bagus. Awak sangat selesa di pentas. Memang pentas ini dicipta untuk awak dan kerjaya nyanyian ini memang bidang yang awak harus terokai. Jangan sia-siakan peluang awak untuk bina semula jenama awak," tambah Syafinaz.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >