Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syarikat Australia lancar hotel mewah di Robinson Road pada Sep

Jun 2, 2024 | 5:30 AM
Hotel QT yang bakal dilancarkan pada September ini terletak bersebelahan pusat makanan Lau Pa Sat.
Hotel QT yang bakal dilancarkan pada September ini terletak bersebelahan pusat makanan Lau Pa Sat. - Foto HOTEL & RESORT QT

Sebuah hartanah baru daripada Hotel & Resort QT akan dilancarkan di sini pada 16 September sepanjang Robinson Road, di mana Hotel Telegraph pernah berdiri.

Jenama milik syarikat pelayanan daripada Australia, EVT, mempunyai hotel di Australia dan New Zealand.

Terletak bersebelahan pusat makanan Lau Pa Sat, Hotel Telegraph – hotel butik mewah dalam bangunan kolonial empat tingkat – ditutup pada 1 April untuk memberi laluan kepada hartanah baru itu, lapor The Straits Times.

Encik Callum Kennedy, pengurus besar kumpulan Hotel & Resort EVT, berkata pengembangan ke Singapura adalah langkah strategik untuk “meningkatkan keterlihatan jenama itu di skala global dan berfungsi sebagai landasan pelancaran ke pasaran ini”.

Ia merupakan Hotel QT pertama di peringkat antarabangsa dan di Asia Tenggara.

Beliau menambah: “Singapura adalah sebuah bandar yang indah dan rancak dengan pelbagai profil demografi, daripada usahawan ke pelancong, dan merupakan destinasi yang digemari ramai warga Australia dan New Zealand.”

Hotel & Resort QT ini akan mempunyai 134 bilik, dengan kepelbagaian saiz dari 44 meter persegi hingga 90 meter persegi.
Hotel & Resort QT ini akan mempunyai 134 bilik, dengan kepelbagaian saiz dari 44 meter persegi hingga 90 meter persegi. - Foto HOTEL & RESORT QT

Hotel & Resort QT kini terletak di 10 bandar di Australia dan New Zealand, seperti Auckland, Melbourne dan Perth, dan terkenal dengan rekaan dalaman yang meriah dengan perabot dan hiasan berwarna-warni.

Jenama itu juga terkenal dengan sikap kreatifnya terhadap pelayanan.

Sesetengah kakitangan yang melayani tetamu dikenali sebagai ‘Pengarah Hingar Bingar’ atau ‘Directors of Chaos’ yang menyambut tetamu semasa ketibaan dan daftar keluar, dan membantu dengan keperluan mereka, seperti menawarkan cadangan khusus tentang cara terbaik untuk menerokai bandar.

Di QT Sydney, ‘Pengarah Hingar Bingar’ itu pernah sekali memakai rambut palsu merah dan pakaian kulit untuk dipadankan dengan jenama hotel yang ‘bertenaga’.

Mereka telah menukar penampilan itu dengan pakaian yang ditempah khas yang dicetak dengan waratah – sejenis tumbuhan asli Australia – oleh rumah fesyen Australia, Romance Was Born, yang terkenal dengan rekaan rumit.

Pengurus besar QT Singapura, Encik Doron Whaite, berkata:

“Di QT, kami mengekalkan kemewahan dan menambah keseronokan – sesuatu yang kami rasa akan membawa tenaga baru ke suasana pelayanan Singapura. Bilik tetamu akan menjalani perubahan lengkap dari lantai ke siling, menggabungkan corak dengan tekstur, kertas dinding dan warna.”

Hotel itu, yang mengekalkan muka bangunan neo-klasik dan reka bentuk bangunan warisan itu, akan mempunyai 134 bilik, dengan kepelbagaian saiz dari 44 meter persegi hingga 90 meter persegi.

Harga bilik bermula daripada $499 satu malam bagi bilik QT King, dengan katil bersaiz ‘king’ dan kemudahan seperti mesin espreso dan pengering rambut Dyson.

Tempahan tersedia untuk penginapan mulai 16 September. Lungsuri laman qtsingapore.com untuk maklumat lanjut.

“Di QT, kami mengekalkan kemewahan dan menambah keseronokan – sesuatu yang kami rasa akan membawa tenaga baru ke suasana pelayanan Singapura. Bilik tetamu akan menjalani perubahan lengkap dari lantai ke siling, menggabungkan corak dengan tekstur, kertas dinding dan warna.”
Encik Doron Whaite, pengurus besar QT Singapura.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg