Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Takhta juara GV9 milik Jaclyn Victor seperti ramalan ramai

Nov 28, 2022 | 02:22 AM



SUDAH lima kali Jaclyn Victor muncul sebagai juara dalam konsert mingguan Gegar Vaganza 9 (GV9) sebelum ini.



Pada Ahad (27 November), tanpa disangkal lagi kehebatannya, bintang ramah yang pernah menerima gelaran Malaysian Idol pada 2004, dinobatkan sebagai juara GV9 anjuran saluran Astro.



Jaclyn, 43 tahun, membawa pulang piala emas juara, wang tunai RM100,000 ($30,676), pakej penginapan Royale Chulan dan pakej percutian ke Paris, Perancis.



Berbekal lagu Celine Dion, Its All Coming Back To Me Now’ dan lagu Keala Settle & The Greatest Showmen Ensemble, This Is Me serta lagu pusingan 'battle' bersama kumpulan VE, The Real Slim Shady dan Sang Saka Biru, Jaclyn meraih markah tertinggi iaitu  85.86 peratus.



Beliau meninggalkan jauh juga Bob Yusof di tangga kedua dengan 76.28 peratus markah disusuli dengan Shila Amzah di tempat ketiga dengan 76.02 peratus.



Tomok berada di tempat keempat dengan 75.83 peratus manakala VE di tangga kelima dengan 72.39 peratus. Peserta Singapura, Hazrul Nizam, berada di tangga terakhir iaitu 69.75 peratus.



Datuk Ramli MS selaku ketua juri di sidang media konsert akhir GV9 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyifatkan Jaclyn sebagai penyanyi yang memberikan sajian yang hebat dan mempunyai minda yang baik lagi dapat membantunya melaksanakan setiap tugasan mingguan dengan berkesan.



Jaclyn, 43 tahun, pula berkata beliau sangat lega selepas pertandingan yang awalnya tidak mahu disertainya melabuhkan tirainya.



Bermacam perasaan memenuhi ruang jiwa Jaclyn, dari lega, sedih dan gembira hasil pengorbanan masa dan tenaga selama 11 minggu di pentas GV9.



"Mula-mula memang saya tak nak masuk GV9 ini tetapi apabila akhirnya mengambil keputusan untuk turut serta, saya berasakan banyak yang perlu saya belajar dan ingin belajar sebab GV9 ini berada pada tahap yang berbeza. Cabarannya pun banyak.



"Saya berterima kasih kepada semua peserta lain sebab kami saling mendorong dan mencabar satu sama lain agar beri yang lebih baik lagi. Kita lihat teman kita buat yang baik. Kita rasa 'wow'...kita pun nak buat sebaik dia," ujarnya.



Bob, 42 tahun, membawa pulang RM50,000, piala, pakej penginapan dan percutian ke Abu Dhabi dan Dubai manakala Shila, 32 tahun, pula menerima RM30,000, pakej penginapan dan percutian ke Seoul, Korea Selatan.



Wang tunai RM20,000 pula disampaikan kepada Tomok selaku pemenang keempat manakala hadiah RM15,000 buat VE.



Hazrul, 42 tahun, mendapat RM10,000 dan percutian ke Jakarta, Indonesia.



Nota: Ulasan GV9 disampaikan dalam podcast Berita Harian, #NoTapis: Gegaran GV! di Spotify.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >