Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Telefon bijak dengan ciri kamera menarik

Feb 15, 2020 | 03:35 PM



JIKA anda gemar mengambil foto – selfie, wefie, gambar pemandangan waktu malam atau hidangan makanan yang ingin anda nikmati – telefon bijak Vivo V17 Pro mungkin pilihan baik untuk anda.


Ciri utama yang menarik perhatian ialah telefon ini mempunyai enam kamera. 


Di bahagian belakang telefon ini, Vivo meletakkan empat kamera, yang utama berupaya mengambil foto beresolusi tinggi dengan mutu 48 megapiksel (MP). 


Terdapat juga pilihan merakam foto 8MP yang mutunya juga boleh tahan. 


V17 Pro juga mempunyai dua kamera pandang depan (kamera utama 32MP dan kamera ultra-lebar 8MP) yang muncul apabila butang camera pandang depan disentuh.


Walaupun modul kamera muncul mengambil sebahagian besar ruang di bahagian atas telefon, V17 Pro berjaya menampung ruang audio 3.5mm. Tetapi ia tidak mempunyai slot kad microSD, biar begitu simpanan data dalaman sebanyak 128GB cukup untuk kebanyakan pengguna.


Semasa mengambil foto dalam keadaan gelap, V17 Pro menawarkan mod Night, yang membuka lensa lebih lama dan membenarkan warna dan cahaya menyinari foto waktu malam.


Terdapat juga ciri ‘bokeh’ (latar belakang kabur), ciri ‘ultra wide’ yang boleh merakamkan lebih ramai subjek dalam foto dan ciri makro yang membolehkan rakam foto pada jarak amat dekat.


Bagi peminat permainan di telefon bimbit, V17 Pro dimuatkan dengan cip memproses Qualcomm snapdragon 675, 8GB RAM dan 128GB ROM yang menjanjikan operasi lancar setiap masa. Harga Vivo V17 Pro semasa pelancarannya ialah $599.



 





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >