Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Gaya Hidup

Trivia artis

Feb 22, 2020 | 05:30 AM

AIMAN, ZAHIRAH KINI SUAMI ISTERI

- Cinta mereka berdua yang sama cantik, sama padan, disulam selama dua tahun lamanya.

- Kelmarin, pelakon kacak Aiman Hakim Ridza Abdoh, 31 tahun, sah bergelar suami kepada pelakon jelita Nur Zahirah MacWilson Zainol, 25 tahun.

- Menurut laman Harian Metro, pasangan ini dinikahkan bapa Zahirah, Zainol MacWilson di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara.

- Zahirah menerima mas kahwin RM300 ($100.46) dan lima dulang berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

- Majlis tertutup itu dihadiri sekitar 200 orang daripada keluarga dua bintang ini dan pihak media.

- Kata Zahirah: "Alhamdulillah, sempurna sudah majlis yang saya tunggu. Jujurnya, saya agak gemuruh sejak beberapa minggu menjelang majlis ini."

- Aiman pula menambah: "Alhamdulillah, saya kini bergelar suami dan bermulalah sudah tanggungjawab saya buat isteri, keluarga dan keluarga isteri saya.

"Saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik buat ikatan pernikahan kami ini dan semoga ia kekal sehingga ke Jannah," katanya.

- Majlis resepsi diadakan di lokasi yang sama semalam.


ANDI JADI 'DRAKULA'

- Foto penyanyi irama 'reggaethon' di Malaysia, Andi Bernadee, bermata merah dengan bibir berlinang darah persis drakula menarik perhatian warganet.

- Menurut Berita Harian (Malaysia), paparan foto itu adalah bagi promosi 'single' terkini Andi, Shimmy.

- Namun, Andi enggan menjelaskan lebih lanjut tentang pengertian imej tersebut dan setakat berkata ia ada kena mengena dengan watak yang ditampilkan dalam klip video muziknya.

- Klip video itu dilancarkan semalam. Andi memilih irama 'reggaethon' kerana ia sudah menjadi identitinya dan bekerjasama dengan rapper dan penerbit muzik Singapura, Alif Abdullah.

- 'Shimmy' adalah perkataan Inggeris yang bermaksud 'bergoyang'.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian