Terkesan dengan berita perancang perkahwinan atau penyedia khidmat yang menipu dan membiarkan mempelai dalam keadaan buntu dan marah, beberapa usahawan muda ini berusaha memikat pelanggan dengan kelainan. Betapa sengit pun persaingan dalam pasaran bisnes perkahwinan, mereka yang mempunyai kelulusan tinggi dan berdaya kreatif berusaha menawarkan khidmat yang dimampui pasangan muda. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
Apr 19, 2016 | 5:30 AM
KELAINAN TAWARAN GOLONGAN KREATIF MUDA: Cik Shazwani Suhaimi adalah antara usahawan muda yang membangunkan idea segar demi menjayakan pameran pengantin Quartz Begonia kendalian Vynella Weddings & Events, yang dimiliki Encik Muhammad Norazli Razali (gambar atas, kiri). -
KELAINAN TAWARAN GOLONGAN KREATIF MUDA: Cik Shazwani Suhaimi (gambar atas) adalah antara usahawan muda yang membangunkan idea segar demi menjayakan pameran pengantin Quartz Begonia kendalian Vynella Weddings & Events, yang dimiliki Encik Muhammad Norazli Razali. - Foto-foto KHALID BABA/TUKIMAN WARJI -

JAUH Cik Shazwani Suhaimi merantau menimba ilmu sebaran am dan kemudian penjenamaan fesyen yang mampu dimanfaatkan bagi kerjayanya sebagai usahawan gubahan bunga buat majlis perkahwinan.
Selepas tamat pengajian ijazah sebaran am daripada Universiti Liverpool, beliau kemudian mengikuti kursus penjenamaan fesyen daripada Institut Rekaan dan Pemasaran Fesyen Antarabangsa Polimoda di Italy.