Sukan turun bukit menggunakan basikal lasak kian popular. Aksi lasak itu boleh dilakukan di laluan tanah atau sekitar bandar. Baru-baru ini, perlumbaan turun bukit basikal lasak Red Bull Dark Knights dianjurkan. Perlumbaan itu melibatkan 248 pelumba dari serata dunia. Antara peserta tersebut ialah peserta paling berumur, Encik Mohamad Ghazali Mohamad Selem. Pelumba BMX negara, Muhammad Ariff Jufri, turut beraksi. Ikuti laporan NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg).
Jun 11, 2016 | 5:30 AM
UJI KETANGKASAN: Encik Ariff (kiri) dan Encik Ghazali antara lebih 200 pelumba basikal lasak antarabangsa yang menyertai perlumbaan turun bukit Red Bull Dark Knights Sabtu lalu. Mereka ditemui di Hab Sukan Singapura baru-baru ini. - Foto-foto TUKIMAN WARJI -
MASIH LASAK: Peserta paling 'senior' di perlumbaan Red Bull Dark Knights tahun ini, Encik Ghazali, hanya mula berjinak-jinak dengan sukan basikal lasak tiga tahun lalu. - Foto-foto TUKIMAN WARJI -

GENAP seminggu sebelum menyambut ulang tahun ke-50, Encik Mohamad Ghazali Mohamad Selem menunjukkan kehandalannya berbasikal lasak.
Beliau nekad berentap dengan lebih 200 pelumba - semua lebih muda daripadanya - dalam Red Bull Dark Knights Sabtu lalu.