Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Veteran teater ketengah kesegaran seni berbilang disiplin

Dec 18, 2021 | 05:30 AM



VETERAN seni teater dan pengasas Cake Theatrical, Cik Natalie Hennedige, membawa bersama pendekatan berbilang disiplin yang diperjuangkannya apabila menggalas amanah sebagai pengarah festival Pesta Seni Antarabangsa Singapura (Sifa) antara 2022 dengan 2024.



Misalnya, permainan kompang yang dipalu bagaikan mewujudkan suasana meriah majlis persandingan masyarakat Melayu. Kemudian ada pula upacara penyucian kuil.



Ada semacam konsep berbilang budaya yang disajikan dalam tiga kerja seni yang ditugaskan bagi Sifa dalam satu ruang bersama.



Inilah yang dikongsi Cik Hennedige, 47 tahun, dalam sidang sembang santai bersama media yang turut disertai Berita Harian baru-baru ini.



Mengadakan Sifa dalam tempoh pandemik belum sepenuhnya reda membawa cabaran buatnya.



Amanahnya bahkan tertunda selama setahun gara-gara pandemik ini dengan penganjur Sifa, The Arts House Limited (AHL), melanjutkan tugas pengarah Sifa sebelumnya, Encik Gaurav Kripalani, selama setahun apabila pesta tahun lalu terjejas dek Covid-19.



"Saya telah ketepikan segala rancangan awal saya untuk benar-benar amati tentang keadaan yang berlaku pada masa itu.



"Walaupun saya sudah mengadakan perbincangan dengan kumpulan seniman tertentu susuli kunjungan ke New York, ruang dan masa yang ada ketika itu mengingatkan saya tentang apa erti menjana karya.



"Kerja seni terbaik datang daripada proses, daripada masa. Bukan satu jaminan anda akan hasilkan karya yang berkekalan. Tapi masa itu sendiri memberikan ruang untuk mencipta sesuatu yang berkekalan," katanya.



Dengan masa tambahan yang diberi untuk mengendalikan Sifa, beliau dapat memikirkan konsep yang diinginkan bagi satu pesta seni kontemporari antarabangsa.



Dari situlah, Cik Hennedige mula memikirkan tentang konsep arka bertema yang beliau inginkan.



Tajuk The Anatomy Of Performance (Anatomi Persembahan) akan digunakan secara berulang bagi tempoh tiga tahun.



Tajuk kecil berbeza akan digunakan setiap tahun sebagai strategi kuratorial dengan golongan seniman dapat memberi respons kepadanya.



Misalnya, tajuk kecil yang akan dijadikan sandaran bagi program 2022 adalah 'tatacara' atau 'adat'.



Sungguhpun begitu, Cik Hennedige belum lagi dapat mendedahkan butir terperinci mengenai program Sifa tahun depan yang hanya akan diketahui sekitar Februari depan.



"Idea sesebuah tatacara atau adat istiadat itu akan diperluaskan. Ada yang menggambarkan tatacara khusus.



"Ada juga yang menggambarkan seniman dengan penggunaan peralatan media baru yang mewujudkan kerja seni mereka dan memberi respons pada tatacara ini," katanya yang sebelum ini pernah terlibat sebagai pengarah, pereka kostum dan pereka bunyi.



Beliau yang memenangi lima Anugerah Teater Life ingin memecahkan benteng sempadan dan menugaskan projek yang akan turut diterajui pereka fesyen dengan kerjasama pembikin filem dan orkestra.



Menurutnya lagi, projek tugasan Sifa condong pada usaha memberi amanah besar buat seniman setempat.



"Saya ingin memberi ruang kepada lebih ramai seniman setempat menampilkan kreativiti mereka, kuasa kreatif mereka yang akan membangkitkan segala unsur kesenian yang menarik di Singapura buat tatapan penonton pesta peringkat antarabangsa ini," katanya lagi.



Dengan trend menggunakan komponen digital bagi mengadakan program hibrid (dalam talian dan secara fizikal) yang mewarnai dunia seni setempat sejak munculnya pandemik, Cik Hennedige menjelaskan bahawa beliau berharap unsur digital itu akan menjadi sandaran penting dan bukan kaedah gantian atau sandaran apabila program fizikal tidak menjadi.



Beliau mengambil contoh kemantapan sajian kerja seni kolektif setempat, System Sovereign, yang mengetengahkan artis media baru.



Sifa 2022 akan berlangsung antara 20 Mei hingga 5 Jun. Lungsuri sifa.sg bagi keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >