Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Viruz Cinta ingin muzik cinta damai 'berjangkit'

Apr 03, 2021 | 05:30 AM



TERBINANYA kumpulan tempatan Viruz Cinta pada 2009 meraih inspirasi daripada gerakan pemuzik seluruh dunia One Love Music For A Change yang menguar-uarkan pesanan cinta kedamaian dan kemanusiaan menerusi muzik.



Ia merupakan band projek yang digerakkan beberapa anggota daripada kumpulan berbeza.



Ikuti temu bual bersama Udy Ismail, vokalis kumpulan ini.



Soalan (S): Ceritakan bagaimana band Viruz Cinta ini ditubuhkan.



Udy: Kumpulan Viruz Cinta dibentuk pada 2009 dan menjadi kumpulan projek yang dimulakan sekumpulan pemuzik dari kumpulan berbeza.



Kami meraih inspirasi menggunakan nama Viruz Cinta melihat pada usaha sejagat One Love Music For A Change menyebar cinta dengan bermain muzik dan menghasilkan lagu tentang kemanusiaan.



Band seramai empat orang ini sebelum ini diketuai vokalis wanita MasMelissa yang bersama band ke sana sini selama 12 tahun dan menghasilkan tiga single dan dua album EP.



Pada Ogos 2019, beliau membuat persembahan terakhir dengan kumpulan ini bekerjasama dengan saya pula bagi lagu Kau Fikir Kau Siapa. MasMelissa kemudian kembali bersama kumpulannya PopWhizzee.



Saya kemudian menyertai mereka sebagai vokalis dan gitaris irama sambil memimpin band ini bagi meneruskan perjalanan muzik kami.



Bersama saya, pemain dram Charlie Xin Da, pemain bes Andi Aziz dan gitaris utama Saru.



Walaupun band ini telah memperbaharui nama kami dari Virus Cinta kepada Viruz Cinta, kami masih mengekalkan falsafah mempromosikan keamanan dan menyebar kepentingan mencintai muzik tempatan dalam kalangan pendengar.



S: Apakah cabaran yang dihadapi dalam mempertahankan band ini?



Udy: Seperti band lain dalam industri muzik, Viruz Cinta berdepan dengan cabaran perubahan anggota band dan isu penerbitan di mana lagu yang kami siapkan terabai dan menanti jadual diterbitkan kepada awam.



Semua artis ingin diiktiraf. Namun, walau apa pun keadaannya, kami ingin berjaya terus berbekalkan kerja keras dan kesabaran.



Kami selalu berpesan kepada diri kami agar kuatkan semangat dan lakukan sesuatu kerana nyala rasa bukan kemasyhuran atau wang. Tiada jalan pintas mencapai kejayaan.



S: Lagu 'Kamu Kamu Kamu' yang disenaraikan dalam Carta Dasyat Giler menceritakan tentang apa?



Udy: Kami pentingkan pengkhususan muzik dan kreativiti. Pesanan kepada umum dalam lagu ini adalah mengingatkan agar semua orang belajar dan bersedia untuk saling memaafkan satu sama lain.



S: Apa yang dilakukan bagi kekal relevan selepas 12 tahun?



Udy: Kumpulan ini akan terus menghasilkan kerja seni baru yang sejajar dengan trend masa kini yang sentiasa berubah sambil mengekalkan bunyian dan konsep asal band ini.



S: Siapa idola Viruz Cinta?



Udy: Pemuzik Art Fazil dan Papa Rok Ramli Sarip. Gerakan positif dalam lagu-lagu mereka menjadi sanjungan buat pemuzik tempatan kita contohi.



S: Apakah perancangan bagi 2021?



Udy: Kumpulan ini sedang menyusun lima lagu bagi album EP yang akan dilancarkan pada Julai ini. Pendengar akan dapat menikmati nada dan melodi berlainan tetapi merupakan 'trademark' muzik Singapura.



S: Apakah pesanan buat anak muda yang ingin membangun sebuah band?



Udy: Harus banyak bersabar, ikhlas, jujur dan merendah hati.




"Seperti band lain dalam industri muzik, Viruz Cinta berdepan dengan cabaran perubahan anggota band dan isu penerbitan di mana lagu yang kami siapkan terabai dan menanti jadual diterbitkan kepada awam. Semua artis ingin diiktiraf. Namun, walau apa pun keadaannya, kami ingin berjaya terus berbekalkan kerja keras dan kesabaran. Kami selalu berpesan kepada diri kami agar kuatkan semangat dan lakukan sesuatu kerana nyala rasa bukan kemasyhuran atau wang. Tiada jalan pintas mencapai kejayaan."
- Udy Ismail, vokalis Viruz Cinta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >