Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Impian band era baru dalam tempoh pandemik

Xin4nia selami 'Erti Abadi' dalam kembara muzik

Nov 23, 2020 | 05:30 AM



Budaya band di Singapura pada tahun 1960-an hinggalah 1990-an begitu mekar sehingga memikat hati ramai remaja untuk membentuk kugiran mereka sendiri. Sesudah wujudnya band ikonik Singapura seperti Black Dog Bone, Sweet Charity dan Lovehunters, apakah pula impian band era baru yang berjuang terus dalam tempoh pandemik Covid-19. BERITA HARIAN melaporkan.



DARI setakat suka-suka menghiburkan penonton di acara KB Live Fest 2018 di D'marquee Downtown East dua tahun lalu, kugiran Xin4nia kini serius membentang laluan kerjaya muzik mereka.



Di wadah penstriman digital Spotify dan Apple Music, sudah muncul single pertama mereka, Erti Abadi.



Ikuti wawancara bersama anggota xin4nia - pemain bes Farhan Black, 34 tahun; gitaris Aiz, 30 tahun; pemain papan nada Keen, 46 tahun; pemain dram Fared Jomirev, 20 tahun dan vokalis Fuad Aziz, 36 tahun.



Soalan (S): Ceritakan penubuhan band ini.



Farhan (F): Pada pertengahan 2018, kami setakat jamming suka-suka tanpa menyedari inilah permulaan perjuangan kami mengharumkan dunia seni di Singapura.



Dengan dua kali latihan, kami nekad membuat persembahan yang dapat menjadi tarikan semberani buat penonton.



Alhamdulillah, penonton dan penganjur acara memberi respons sangat menggalakkan. Kami berpuas hati dan dari situlah kami terus berkarya.



S: Bagaimana nama Xin4nia tercipta?



Aiz (A): Ia dipilih secara rambang. Kami tiada sebab tertentu memilih nama ini.



Sebutannya sedap didengar, tidak susah nak hafal nama ini dan ia ringkas.



Namun kalau difikirkan secara mendalam, kami sebulat suara bersetuju ia membawa makna keunikan berbeza tetapi tetap membawa simfoni sehala.



S: Bagaimana timbulnya lagu 'Erti Abadi'?



Fuad (FU): Lagu ini bermula daripada sepotong melodi yang dimainkan Keen di papan nadanya dalam satu sesi latihan di studio.



Beliau memberi saranan agar kami cuba menggubah sebuah lagu. Itulah pengalaman pertama dan misi sulung kami mencipta lagu.



Lagu ini juga menceritakan detik menyayat hati yang dilalui Keen. Bapanya meninggal dunia kerana tewas dek barah.



Erti Abadi ditujukan buat arwah bapa Keen dan juga semua ibu bapa di luar sana.



Ia lagu tentang penyesalan si anak terhadap masanya yang tidak diluangkan buat orang tua yang ketika itu masih ada di depan mata.



Dia hanya menyedari khilafnya setelah ayahnya tiada. Lagu ini menyatukan idea semua anggota Xin4nia.



S: Apakah cabaran sebagai sebuah kugiran?



Fared (FA): Cabarannya lebih pada mencari masa bersama berlatih dan berbincang. Maklumlah kami semua memiliki kerjaya sendiri.



Sewaktu tempoh pemutus rantaian wabak Covid-19 dahulu, kami terkilan tak dapat bertemu sesama kami. Teringat detik kami melepaskan rindu dengan menggunakan khidmat panggilan video.



S: Apakah pandangan anda tentang budaya band di Singapura?



Keen (K): Budaya band di Singapura tidak semekar sedekad yang lalu.



Dulu, bila-bila masa sahaja kita boleh tonton pertandingan band, pesta budaya, gig dan bermacam acara hiburan.



Namun, kami selesa bergerak sebagai band. Kami ingin rapatkan silaturahim antara lima keluarga dalam kembara muzik kami bersama.



S: Ceritakan tentang pengalaman bermain muzik di Perak.



F: Pada lewat tahun lalu, kami diundang ke Fiesta Gempak di Bandar Meru Raya, Perak.



Kami amat teruja dan menerima undangan itu tanpa berfikir panjang. Persembahan itu meninggalkan kenangan manis yang mengukuhkan silaturahim lima keluarga.



Sambutan penonton luar biasa walaupun kami setakat bawakan lagu cover. Mereka bersorak dan memberi kami semangat. Terasa macam bawa lagu sendiri!



Puas dapat laksanakan amanah kami menghiburkan orang ramai. Terasa gembira apabila diberitahu penganjur dan teman-teman lain yang turun padang terhibur.



S: Siapakah sumber inspirasi?



FU: Saya gemarkan band rok klasik, Iron Maiden, Dream Theatre dan Scorpions. Saya juga sukakan vokal penyanyi bersuara lantang seperti Jessie J, Christina Aguilera, Aweera dan Azlan Typewriter.



FA: Avenged Sevenfold yang membuatkan saya teringin nak belajar main dram. Teknik pukulan dram kumpulan ini mencabar.



Saya juga sukakan kumpulan Slipknot yang memiliki identiti, imej dan personaliti berbeza.



K: Disturbed, Evanescence dan Nightwish yang menyajikan melodi ala orkestra.



A: Akio Shimizu, Yngwie Malmsteen, Plini, Paul Gilbert, Addy Cradle, Man Kidal dan Kid Search.



Daripada merekalah saya amati teknik memetik gitar, malah nak ambil tahu tentang jenis kayu yang dipilih hasilkan gitar, jenis tali yang digunakan serta pedal kesan yang digunakan.



F: Search, Wings dan Deep Purple yang menyisipkan ilmu permainan bes, kemantapan susunan lagu dan irama. 




" Kami selesa bergerak sebagai band. Kami ingin rapatkan silaturahim antara lima keluarga dalam kembara muzik kami bersama.
- Kumpulan Xin4nia, yang sudah hasilkan single pertama mereka, Erti Abadi, dalam wadah penstriman digital Spotify dan Apple Music.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >