Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Yang lama masih memikat, Yang baru penuhi cita rasa kini

Feb 26, 2021 | 05:30 AM



YANG lama ada, yang baru pun ada.



Estet perumahan Bedok di timur Singapura telah melalui banyak pembaharuan dalam beberapa tahun kebelakangan.



Dua pusat beli-belah, Bedok Point dan Bedok Mall, telah dibangunkan dalam sedekad lalu dan estet itu kini dihubungkan ke bahagian lain pulau ini melalui Laluan Downtown selain Laluan Timur-Barat.



Pusat pertukaran bas yang lama telah digantikan dengan Hab Pengangkutan Bersepadu Bedok yang berhawa dingin dan sebuah kompleks bersepadu Heartbeat@Bedok telah dibangunkan bagi menempatkan pelbagai kemudahan termasuk poliklinik, kolam renang dan perpustakaan awam.



Tetapi Bedok masih mengekalkan beberapa ciri dan daya tarikan lamanya dan dalam The BM Show minggu ini, hos Nur Dhuha Esoof membawa rakan setugas Nur Syuhrah Hassan berjalan-jalan ke permata tersembunyi Bedok seperti pusat makanan Bedok Corner.



Pusat makanan yang terletak di selekoh yang menghubungkan Bedok Road dengan Upper East Coast Road itu dibangunkan pada 1971 dan antara lain dikenali dengan cempedak goreng, epok-epok, nasi ayam penyet dan makanan Cina halal seperti kek lobak putih dan kuetiau goreng.



Beberapa pegerai lamanya merupakan mereka yang pernah berniaga di tepi pantai dekat Kampung Bedok Laut sebelum kawasan itu ditambak.



Satu lagi tempat makanan popular tidak jauh dari situ ialah Simpang Bedok yang terkenal di kalangan mereka yang suka menjamu selera pada sebelah malam.



Namun sejak beberapa tahun lalu, beberapa kafe dibuka di estet Bedok, yang terdiri daripada lapan zon iaitu Kaki Bukit, Bedok Reservoir, Kembangan, Bedok North, Frankel, Bedok South, Siglap dan Bayshore.



Ini termasuk Penny University di East Coast Road, dan Dutch Colony Coffee Co. di Frankel Avenue yang menawarkan pelbagai jenis minuman kopi, pencuci mulut seperti kek dan skon, serta sajian seperti pankek dan roti goreng, French Toast.



Nama Bedok dikatakan telah wujud sejak zaman Sir Stamford Raffles lagi, dan nama itu dikatakan datang daripada perkataan 'beduk', sejenis gendang di masjid yang dipalu bagi menandakan masuknya waktu solat.



Rancangan bagi membangunkan Bedok sebagai sebuah bandar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bermula pada 1963 dan Bedok kini merupakan antara estet perumahan terbesar di Singapura.



Menurut laman HDB, Bedok mempunyai sekitar 194,700 penghuni flat dan 61,828 flat hingga Mac 2018.



Bedok juga menawarkan tarikan semula jadi di Taman Kolam Air Bedok atau Bedok Reservoir Park.



Kolam air dengan kawasan permukaan 88 hektar itu pada mulanya merupakan kuari pasir yang digunakan oleh HDB.



Ia selesai diubah menjadi kolam untuk menakung air hujan pada 1986.



Mereka yang sukakan kegiatan air boleh menyewa bot naga dan kayak, dan mereka yang mahu mencabar diri boleh ke Forest Adventure dan melakukan kegiatan elemen tinggi yang ditawarkan.



Pengunjung yang biasa ke sana pada sebelah petang juga akan tahu yang pemandangan matahari terbenam di sana cukup indah dan menakjubkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >