GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beratur panjang di beberapa pusat undi, pengundi muda digesa ikut masa mengundi ditetapkan

Jul 10, 2020 | 11:26 AM
3e6be394-9295-462b-b4e2-af0230f33d77
- Foto ST

JABATAN Pilihan Raya (ELD) Singapura menyatakan terdapat beberapa pusat mengundi yang menyaksikan orang ramai yang beratur lebih panjang dari biasa selepas pusat-pusat dibuka pada 8 pagi.

Ia menyatakan bahawa perkara itu berlaku sebahagiannya disebabkan oleh langkah keselamatan tambahan dilaksanakan sebagai pencegahan bagi wabak koronavirus.

Dalam kenyataannya pada Jumaat (10 Julai), ELD menegaskan bahawa tempoh waktu 8 pagi hingga 12 tengah hari dikhususkan bagi pengundi warga emas berusia 65 tahun dan ke atas agar interaksi dengan pengundi muda dikurangkan.

ELD menggalak pengundi lebih muda, yang tidak menemani warga emas, untuk mengundi pada masa yang ditetapkan selepas 12 tengah hari.

Ia menggalak pengundi untuk memeriksa keadaan di tempat mengundi mereka di http://VoteQ.gowhere.gov.sg) sebelum keluar mengundi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg