Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Calon boleh adakan e-rapat di Suntec

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Calon boleh adakan e-rapat di Suntec

Jun 30, 2020 | 08:12 PM



PEMERINTAH akan menyediakan tempat (sehingga 10 sehari) bagi penstriman langsung, atau e-rapat, di Pusat Konvensyen Suntec Singapore, bermula 1 Julai hingga 8 Julai.



E-rapat itu akan berlangsung semasa waktu-waktu berikut:



- 7 pagi hingga 10 pagi;



- 12 tengah hari hingga 3 petang; dan



– 7 malam hingga 10 malam.



Jabatan Pilihan Raya (ELD) berkata pihaknya sebelum ini telah mengumumkan bahawa pemerintah akan menyediakan tempat di mana calon boleh memohon dan menggunakannya untuk e-rapat pada waktu-waktu tertentu sepanjang hari semasa tempoh berkempen.



Ini merupakan alternatif kepada rapat fizikal memandangkan keadaan Covid-19, kata ELD dan IMDA dalam kenyataan pada Selasa (30 Jun).



Calon atau agen pilihan raya boleh menyerahkan permohonan mereka menerusi ruang Khidmat Calon di laman ELD (www.eld.gov.sg) dari 8 pagi hingga 1 petang bagi slot waktu keesokan hari.



Jika bilangan permohonan melebihi bilangan slot waktu yang ada, undian akan dijalankan untuk menentukan permohonan yang berjaya.



Tempat tersebut disediakan dengan kadar nominal $107, kata ELD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >