Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Calon WP Raeesah Khan mohon maaf kepada masyarakat S'pura atas komen mengenai kaum, agama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Calon WP Raeesah Khan mohon maaf kepada masyarakat S'pura atas komen mengenai kaum, agama

Jul 05, 2020 | 10:53 PM




CALON Parti Pekerja (WP) bagi GRC Sengkang, Cik Raeesah Khan, yang disiasat polis berhubung komen yang didakwa dibuatnya mengenai diskriminasi pihak penguatkuasa Singapura, telah meminta maaf kepada kumpulan kaum dan masyarakat Singapura.


Semasa diminta mengulas mengenainya pada Ahad malam (5 Julai), Cik Raeesah berkata: “Niat saya tidak pernah menimbulkan perpecahan sosial tetapi untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu minoriti. Saya meminta maaf kepada mana-mana kumpulan kaum atau masyarakat yang telah tersinggung dengan komen saya, komen saya tidak sensitif dan saya menyesal membuat kenyataan tersebut.”


Cik Raeesah berkata beliau minat membincangkan isu-isu minoriti tetapi akur telah membuat komen yang tidak betul dan menerima tanggunjawab akibat kenyataan tersebut, lapor The Straits Times.


“Saya akan bekerjasama sepenuhnya dalam sebarang siasatan polis,” ujarnya.

Ketua WP, Encik Pritam Singh, berkata Cik Raeesah, 26 tahun, akan meneruskan kempen pilihan rayanya dan parti itu akan meneliti episod ini selepas pilihan raya.


Namun beliau enggan mengulas mengenai dua komen khusus itu yang sedang disiasat polis, bahkan tidak menyedari adanya kiriman tersebut.





“Sekiranya terdapat catatan atau komen tertentu yang mungkin mereka buat yang tidak diingini, maka saya mengharapkan mereka menjelaskan sendiri.


“Dan begitulah pendapat saya bahawa generasi yang telah hidup di media sosial, sejak usia remaja, harus memahami perbezaan antara apa yang anda lakukan di media sosial dengan apa yang berlaku apabila anda memasuki dunia awam,” kata Encik Pritam.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >