Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Dakwaan Kenneth Jeyaretnam bahawa RP tidak diberi notis sewajarnya bagi siaran politik tidak benar: IMDA

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Dakwaan Kenneth Jeyaretnam bahawa RP tidak diberi notis sewajarnya bagi siaran politik tidak benar: IMDA

Jul 06, 2020 | 10:26 PM



DAKWAAN setiausaha agung Parti Pembaharuan (RP), Encik Kenneth Jeyaretnam, bahawa Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) tidak memberi notis sewajarnya kepada parti itu bagi Siaran Politik bagi Kawasan Undi (CPB) adalah tidak benar, kata IMDA dalam satu kenyataan pada Isnin (6 Julai).


Ia menjelaskan, sebelum Hari Penamaan Calon, semua parti politik diberi taklimat pada 26 Jun yang termasuk format dan jadual rakaman, yang dirancang bagi 2 hingga 4 Julai.


Parti diberitahu bahawa slot rakaman akan disahkan selepas Hari Penamaan Calon pada 30 Jun.


Wakil dari RP hadir di taklimat itu dan tiada keprihatinan diutarakan.


Selepas Hari Penamaan Calon, IMDA berkata ia menghantar jadual rakaman kepada semua parti politik pada 1 Julai.


IMDA juga menghubungi wakil RP melalui e-mel dan panggilan telefon dan wakil RP berkata ia telah menerima jadual itu dan tidak ada pertanyaan atau keprihatinan yang diajukan.


"Adalah tidak benar bahawa Encik Jeyaretnam tidak dibenarkan merakam CPB kerana beliau sedang menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN). IMDA tidak menerima permintaan untuk berbuat demikian," kata kenyataan itu.


Encik Jeyaretnam pulang ke Singapura dari England pada 25 Jun dan perlu menjalani SHN 14 hari.


IMDA menambah, setengah jam sebelum slot rakaman RP pada 2 Julai, RP menghantar e-mel meminta penangguhan.


Dua wakil RP sudah hadir di lokasi, dan mereka meneruskan rakaman CPB mereka.


IMDA berkata rakaman tidak dapat dijadual semula, kerana penangguhan akan menjejas rakaman untuk parti dan calon lain.


Semua parti dan calon lain dapat merakam Siaran Politik mereka mengikut peraturan peruntukan dan slot yang diperuntukkan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >