Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Detik tentukan pilihan untuk kemudi SG selanjutnya

* PAP inginkan mandat kuat * Pembangkang ingin beri suara alternatif
Jul 10, 2020 | 05:30 AM



RAKYAT keluar mengundi hari ini menandakan kemuncak Pilihan Raya Umum 2020, pilihan raya yang telah berlangsung dalam keadaan sungguh berbeza, dan sedang negara dilanda krisis mencabar iaitu Covid-19.



Keputusannya dapat diketahui sama ada, parti yang memerintah, PAP, mendapat mandat kukuh yang diinginkannya untuk memimpin Singapura menempuh dan mengatasi krisis besar ini, atau parti-parti pembangkang mendapat sokongan memberikan suara alternatif.



Antara perubahan dan penyesuaian GE kali ini ialah ia diadakan dalam keadaan berbeza kerana langkah-langkah Covid-19, tambahan bilangan kerusi dan beberapa kawasan undi baru.



Namun ia tidak menghalang penyertaan pembangkang, yang menandingi kesemua kerusi, buat dua pilihan raya berturut-turut.



Antara tumpuan saingan yang diperkatakan adalah bagi GRC Aljunied, GRC West Coast dan GRC East Coast, di mana Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat bertanding.



Encik Heng, yang dipilih ketua pemimpin generasi ke-empat PAP (4G) membuat kejutan pada Hari Penamaan Calon dengan pemindahan beliau ke GRC East Coast dari GRC Tampines.



Pilihan raya ini juga dianggap penting sebagai detik penyerahan pucuk pimpinan dari kumpulan yang diketuai PM Lee kepada pasukan 4G, meskipun PM telah berikrar akan menerajui negara keluar daripada krisis Covid-19.



Dengan pemindahan Encik Heng, GRC Tampines kini dipimpin seorang lagi pemimpin 4G, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos juga memimpin pasukan calon Melayu PAP - seramai 14 orang, termasuk enam muka baru.



Parti pemerintah, dijangka kembali berkuasa dengan kemenangan 47 daripada 93 kerusi yang dipertandingkan merupakan satu kepastian.



Persoalannya ialah kadar kemenangan PAP.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong, berkata pemerintah tidak hanya mahukan mandat rakyat, tetapi menginginkan mandat yang kukuh dalam ia berusaha memimpin negara mengatasi cabaran akibat pandemik ini.



"Pada detik penting ini, Singapura memerlukan pemerintah yang berkebolehan, dengan sokongan penuh rakyat yang bersatu padu, kami memerlukannya sekarang lebih dari masa-masa yang lain," ujar PM Lee yang juga setiausaha agung PAP, dalam rapat tengah hari yang diadakan di dalam talian.



Sedang PAP berkempen meminta mandat kukuh rakyat, parti pembangkang pula memberi amaran GE2020 ini berpotensi melihat parti pemerintah 'menang bersih'.



Kempen mereka berteraskan pentingnya kehadiran pembangkang yang kukuh, dan pengundi tidak seharusnya bimbang keadaan sedemikian akan menjejas keupayaan pemerintah PAP mentadbir negara dengan berkesan.



Setiausaha agung Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh berkata jika "sepertiga kerusi jatuh ke tangan pembangkang sekalipun, pemerintah tetap mempunyai mandat yang amat kukuh".



Sehubungan dengan itu, Ketua Parti Kemajuan Singapura (PSP), Dr Tan Cheng Bock, berkata hakikatnya PAP akan tetap mendapat mandat yang diperlukan untuk memerintah.



Justeru, persoalannya ialah jika rakyat mahukan "suara alternatif" untuk menjalankan peranan 'periksa dan imbang'.



PSP dalam pilihan raya kali ini mengetengahkan jumlah calon paling besar dengan 24 calon, manakala WP mengetengahkan 21 calon. Parti Demokratik Singapura (SDP) adalah parti pembangkang ketiga terbesar dalam GE2020 ini dengan 11 calon.



Semalam, tujuh parti politik yang menampilkan sekurang-kurangnya enam calon di GE2020 melabuh tirai kempen dengan menyampaikan hujah masing-masing menerusi siaran politik parti terakhir di televisyen.



Menyampaikan ucapan PAP, PM Lee menyeru rakyat Singapura untuk memberi kepercayaan terhadap parti itu untuk melaksanakan rancangan yang terperinci untuk keluar dari krisis Covid-19.



Pengerusi WP, Cik Sylvia Lim pula mengajak warga Singapura untuk membayangkan negara di mana 'pemerintah menerima kehadiran parti pembangkang' dan bersama membentuk Singapura yang lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >