Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

PILIHAN RAYA 2020

DPM Heng: Usaha bantu warga harungi tempoh sukar tidak akan terhenti

Jun 30, 2020 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, berkata tugas bagi membantu rakyat dalam mengharungi tempoh sukar ini tidak akan terhenti dan bantuan akan terus diberikan kepada warga setempat terutama mereka yang sedang menghadapi masalah.



Setelah bertemu ramai penduduk hujung minggu lalu dan mendapat maklum balas secara langsung dari mereka, beliau dapat merasakan daya tahan yang kukuh dalam kalangan warga setempat dan peniaga yang sedang melalui tempoh sukar akibat penularan Covid-19.



Encik Heng berkata mereka memaklumkan kepada beliau bagaimana Anggota Parlimen (AP) mereka telah mendekati mereka dan menerangkan bagaimana skim-skim bantuan diumumkan dalam empat Belanjawan telah dapat membantu mereka.



"Di mana sahaja saya pergi, saya dapat rasakan semangat daya tahan. Perniagaan mulai aktif. Bagi peniaga, mereka sedang dalam laluan pemulihan dan telah dapat memanfaatkan pengecualian sewa dan skim bagi membantu mereka teroka pendigitalan.



"Penduduk juga menyatakan langkah Belanjawan amat membantu.



"Tetapi, saya juga mendapat maklum balas dari mereka yang masih menghadapi kesukaran dan kita akan melihat bagaimana dapat membantu mereka,'' kata Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan, dalam posnya di Facebook semalam.



Beliau berkata beliau ingin mendapat maklum balas secara langsung dari warga setempat bagaimana bantuan sokongan membantu mereka dan bagaimana pemerintah dapat terus membantu.



DPM Heng melihat AP Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang bekerja keras bagi para penduduk bagi menjaga kebajikan mereka.



"Tugas bagi membantu rakyat dan peniaga melalui tempoh sukar ini tidak akan terhenti.



"Kami akan terus mendengar dan bekerja dengan anda bagi membaiki kehidupan, pekerjaan dan masa hadapan anda,'' kata DPM Heng.



Hujung minggu lalu, beliau mengunjungi beberapa tempat termasuk berjumpa penjaja dan penduduk di Pusat Makan dan Pasar Teban Gardens di GRC West Coast bersama dua lagi anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP), Menteri Perhubungan dan Penerangan Encik S. Iswaran dan Anggota Parlimen (AP) Cik Foo Mee Har.



Beliau juga bertemu penduduk di Marsiling-Yew Tee bersama Menteri Pembangunan Negara Encik Lawrence Wong, yang juga disertai Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, Encik Alex Yam dan calon baru PAP Cik Hany Soh.



Encik Heng, yang juga merupakan Naib Setiausaha Agung Pertama PAP, telah membuat kunjungan ke Compassvale Street untuk bertemu penduduk di GRC Sengkang yang baru ditubuhkan.



Beliau diiringi Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, yang akan mempimpin pasukan yang akan bertanding di GRC itu, terdiri daripada Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kesihatan) Dr Lam Pin Min, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan) Encik Amrin Amin dan peguam Encik Raymond Lye.




Di mana sahaja saya pergi, saya dapat rasakan semangat daya tahan. Perniagaan mulai aktif. Bagi peniaga, mereka sedang dalam laluan pemulihan dan telah dapat memanfaatkan pengecualian sewa dan skim bagi membantu mereka teroka pendigitalan. Penduduk juga menyatakan langkah Belanjawan amat membantu. Tetapi, saya juga mendapat maklum balas dari mereka yang masih menghadapi kesukaran dan kita akan melihat bagaimana dapat membantu mereka.
- DPM Heng Swee Keat. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >