Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

ELD: Waktu mengundi dilanjutkan sehingga 10 malam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

ELD: Waktu mengundi dilanjutkan sehingga 10 malam

Jul 10, 2020 | 07:43 PM



Jabatan Pilihan Raya (ELD) mengumumkan waktu mengundi telah dilanjutkan hingga 10 malam ini (10 Julai).



Ia dilanjutkan bagi semua pusat mengundi kecuali kemudahan dikhususkan bagi mereka yang menjalani notis tinggal di rumah (SHN).



Waktu mengundi sepatutnya berakhir jam 8 malam.



"Walaupun jumlah mereka yang yang beratur di kebanyakan pusat mengundi semakin pulih, sejumlah kecil masih mengalami barisan mereka yang beratur yang panjang.



Lanjutan waktu ini akan membolehkan waktu yang mencukupi bagi semua pengundi untuk mengundi,'' kata ELD.



Bagi pengundi yang masih dalam Notis Duduk Di Rumah, serta yang mempunyai MC dari doktor kerana ada jangkitan pernafasan yang rumit, atau demam setinggi 37.5 selsius dan lebih tinggi, waktu mengundi yang khusus diperuntukkan bagi mereka dari jam 7 hingga 8 malam.



Disebabkan waktu mengundi yang dilanjutkan hingga 10 malam, beberapa penyesuaian dibuat:



- bagi pusat mengundi yang tidak mempunyai barisan beratur yang panjang, waktu mengundi yang khususkan diadakan seperti dirancangkan.



- bagi pusat mengundi yang mempunyai barisan beratur yang panjang, pegawai pilihan raya akan meminta pengundi yang perlu mengundi pada waktu yang khusus untuk mengenalkan diri mereka dan mengasingkan mereka dalam satu ruang yang berasingan. Apabila barisan yang beratur berkurangan, pegawai pilihan raya akan mengaturkan agar mereka dapat mengundi.



ELD menggalak mereka memeriksa keadaan barisan beratur bagi pusat mengundi mereka di VoteQ.gowhere.gov.sg.



ELD menasihati mereka yang mempunyai waktu khusus untuk tiba di pusat pilihan raya pada 9 malam, jika tidak mereka perlu menunggu lama bagi mengundi.



"ELD meminta pemahaman dan kerjasama semua pengundi, sedang kami cuba mengatasi barisan beratur yang panjang bagi sebilangan pusat mengundi dan pada masa sama memastikan jarak selamat bagi semua pengundi,'' kata ELD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >