GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GE2020: DPP tidak akan bertanding, akan sokong RP dan PPP

Jun 27, 2020 | 7:13 PM
Setiausaha Agung Parti Progresif Demokratik, Mohamad Hamim Aliyas, (kiri) bersama Setiausaha Agung Parti Kuasa Rakyat, Goh Meng Seng, semasa mengunjungi Pasar dan Pusat Makanan MacPherson pada Sabtu.
Setiausaha Agung Parti Progresif Demokratik, Mohamad Hamim Aliyas, (kiri) bersama Setiausaha Agung Parti Kuasa Rakyat, Goh Meng Seng, semasa mengunjungi Pasar dan Pusat Makanan MacPherson pada Sabtu. - SHINTARO TAY

PARTI Progresif Demokratik (DPP) pada Sabtu (27 Jun) mengumumkan ia akan mengundur daripada pilihan raya umum dan tidak akan bertanding di GRC Bishan Toa-Payoh serta SMC Marymount dan Kebun Baru, kawasan undi yang ia pertimbangkan sebelum ini. Dengan pembubaran parti Warga Diutamakan atau SingFirst, ini bermakna buat masa ini terdapat 10 parti pembangkang yang ingin bertanding dalam pilihan raya akan datang. DPP sebaliknya akan menyokong perikatan tidak formal dengan Parti Pembaharuan (RP) dan Parti Kuasa Rakyat (PPP), kata parti itu sedang ia menemani setiausaha agung PPP Goh Meng Seng dalam kunjungannya ke Pasar dan Pusat Makanan MacPherson. Encik Goh akan bertanding di SMC itu. Setiausaha Agung DPP Mohamad Hamim Aliyas berkata parti itu akan secara aktif membantu parti-parti lain dalam kempen mereka. Setelah terlebih dahulu mengumumkan minat untuk bertanding di tiga wad itu, DPP mengadakan perbincangan dengan RP, PPP, dan SingFirst, untuk membincangkan kemungkinan mengelakkan pertandingan tiga penjuru dengan Parti Kemajuan Singapura (PSP). Tetapi tiada kata putus dibuat. Parti Rakyat Singapura (SPP) kemudian mengumumkan ia merancang untuk bertanding di GRC Bishan-Toa Payoh, manakala PSP merancang untuk bertanding di SMC Marymount dan Kebun Baru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg