Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

GE2020: ELD sangkal dakwaan pena mengundi tidak tanda dengan betul

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

GE2020: ELD sangkal dakwaan pena mengundi tidak tanda dengan betul

Jul 10, 2020 | 12:33 PM



JABATAN Pilihan Raya (ELD) berkata dakwaan tersebar dalam talian bahawa pena khas yang digunakan untuk mengundi dalam pilihan raya umum ini tidak menandakan dengan betul adalah palsu.



“ELD ingin menyatakan dengan jelas ini tidak benar.



“Pena siap berpangkah (self-inking) itu membolehkan pengundi untuk menandakan pilihan mereka di atas kertas undi dengan jelas dan mudah, dan mengecap tanpa perlu tekan dengan kuat di atas kertas undi,” kata ELD dalam satu kenyataan sebelum tengah hari tadi (10 Julai).



Kertas undi dengan lebih satu pangkah atau tandanya tidak jelas dalam satu kotak masih sah, kata ELD lagi.



Menurut jabatan itu lagi, ia komited terhadap memastikan keselamatan dan rahsia mengundi.



ELD turut memberi perkembangan tentang keadaan di pusat mengundi hingga 11 pagi tadi, dengan jumlah orang beratur kini sudah berkurangan.



Namun, ELD mengingatkan pengundi lebih muda untuk mengundi pada masa yang ditetapkan pada waktu petang sebaik mungkin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >