Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

GE2020: Lawrence Wong sangkal dakwaan pengerusi SDP tentang pasukan bertindak Covid-19

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

GE2020: Lawrence Wong sangkal dakwaan pengerusi SDP tentang pasukan bertindak Covid-19

Jul 05, 2020 | 12:28 PM



MENTERI Pembangunan Negara Lawrence Wong menyangkal dakwaan calon Parti Demokratik Singapura (SDP) Paul Tambyah tentang usaha Singapura menangani Covid-19.



Ketika ditemui media di Woodlands pagi tadi (5 Julai), Encik Wong yang mempengerusikan pasukan bertindak berbilang kementerian bagi menangani penularan Covid-19 bersama Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata dakwaan Dr Tambyah yang bertanding di SMC Bukit Panjang itu tidak berasas dan tidak benar.



Menurut Encik Wong, Dr Tambyah yang juga pengerusi SDP mendakwa pasukan bertindak itu tidak bergantung pada nasihat pakar perubatan dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengeluarkan kenyataan memaklumkan majikan agar tidak menghantar pekerja mereka mendapatkan ujian, menentang nasihat pakar perubatan.



Encik Wong berkata MOM mengeluarkan kenyataan tersebut atas nasihat doktor dan pakar perubatan.



“Selepas kejadian (jangkitan Covid-19) di tapak binaan Seletar Aerospace sekitar Februari lalu, ramai majikan menyuruh pekerja mereka pergi ke hospital untuk diuji dan disahkan bebas dari virus serta sihat bekerja.



“Doktor yang tidak dapat mengeluarkan memo sedemikian dan oleh itu, doktor dan pakar perubatan meminta MOM mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan hal itu dengan majikan,” kata Encik Wong.



Malah tambahnya, pasukan bertindak itu selalu bergantung pada bukti saintifik dan nasihat pakar perubatan dalam menjalankan tugas dan mengambil keputusan.



“Adalah amat mengecewakan beliau (Dr Tambyah) sengaja memutarbelitkan fakta demi politik,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >