GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GE2020: PAP umum kumpulan pertama calon

Jun 24, 2020 | 1:48 PM
Encik Heng (tengah) bersama kumpulan pertama calon PAP yang diumum termasuk (dari kiri) Encik Ivan Lim, Cik Nadia Ahmad Samdin, Encik Edward Chia dan Encik Desmond Tan pada 24 Jun 2020.
Encik Heng (tengah) bersama kumpulan pertama calon PAP yang diumum termasuk (dari kiri) Encik Ivan Lim, Cik Nadia Ahmad Samdin, Encik Edward Chia dan Encik Desmond Tan pada 24 Jun 2020. - Foto PAP

TIMBALAN Perdana Menteri Heng Swee Keat telah mengumumkan kumpulan pertama bakal calon baru Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi pilihan raya umum akan datang pagi tadi (24 Jun).

Encik Heng yang merupakan penolong setiausaha agung pertama parti itu berkata pandemik Covid-19 telah memberi tekanan besar kepada masyarakat dan Singapura perlu membangunkan keupayaannya untuk menyesuaikan diri untuk bangkit lebih kukuh.

Oleh itu, PAP akan mengetengahkan lebih ramai muka baru daripada pelbagai segmen masyarakat agar mereka dapat mewakili segmen masyarakat yang berbeza serta mengemukakan pelbagai isu untuk dibincangkan, katanya.

Encik Heng turut menyifatkan barisan bakal calon PAP itu sebagai menarik dan pelbagai.

Kumpulan pertama itu terdiri daripada pengarah bersekutu di firma guaman TSMP Law Corporation, Cik Nadia Ahmad Samdin, 30 tahun; mantan Ketua Pengarah Eksekutif Persatuan Rakyat (PA), Encik Desmond Tan, 50 tahun; pengasas bersama dan pengarah urusan Timbre Group, Encik Edward Chia, 36 tahun; dan pengurus besar (kapal khusus) Keppel Offshore & Marine, Encik Ivan Lim, 42 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg