GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GE2020: Parti Kemajuan Singapura umum lima lagi calon, termasuk dua bekas pegawai SAF

Jun 25, 2020 | 4:27 PM
(Mengikut putaran jam, dari kiri) Calon PSP baru Michael Chua, Kumaran Pillai, Wendy Low, Nadarajah Loganathan dan Damien Tay.
(Mengikut putaran jam, dari kiri) Calon PSP baru Michael Chua, Kumaran Pillai, Wendy Low, Nadarajah Loganathan dan Damien Tay. - Parti Kemajuan Singapura (PSP)

PARTI Kemajuan Singapura (PSP) mengumumkan lima lagi calon dalam satu sidang media maya pada Khamis (25 Jun), termasuk dua pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang telah bersara. Ini adalah pusingan pengenalan calon yang ketiga dari parti itu, menjadikan jumlah calon yang telah diumumkan sejauh ini seramai 17 orang. Parti itu, yang dipimpin oleh Dr Tan Cheng Bock, berkata ia akan bertanding bagi 24 kerusi dalam sembilan kawasan undi pada pilihan raya akan datang. Dua bekas tentera yang diperkenalkan adalah setiausaha penganjur PSP Michael Chua, 55 tahun, yang telah dilihat dalam kegiatan parti di GRC Tanjong Pagar, dan Encik Nadarajah Loganathan, 57 tahun, pengasas bersama sebuah syarikat latihan kemahiran, yang dijangka akan membentuk pasukan di GRC West Coast. Tiga calon lain yang diumumkan adalah: Peguam Wendy Low, 43 tahun, yang juga dipercayai berada dalam pasukan GRC Tanjong Pagar; pengurus perkhidmatan pelanggan Damien Tay, 51 tahun, yang telah dilihat di GRC Nee Soon; dan Encik Kumaran Pillai, 57 tahun, bekas penerbit laman web The Independent Singapore, yang mengesahkan beliau akan bertanding di SMC Kebun Baru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg