Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

GRC Jalan Besar berpotensi jalani pembaharuan: Josephine Teo

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

GRC Jalan Besar berpotensi jalani pembaharuan: Josephine Teo

Jul 05, 2020 | 08:53 PM



CALON Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Jalan Besar, Cik Josephine Teo, berkata kawasan undi itu adalah sebuah 'kampung' yang mempunyai begitu banyak warisan tetapi juga berpontensi bagi pembaharuan.


Ia penuh sejarah dengan kawasan seperti Chinatown dan Kampong Glam, tetapi ia juga telah diberi nafas baru, dengan beberapa laluan MRT dan Kawasan Marina Bay di dalamnya.


Cik Teo, yang juga Menteri Tenaga Manusia, bersama Dr Wan Rizal Wan Zakariah adalah dua muka baru dalam pasukan itu di samping Anggota Parlimen (AP) veteran GRC itu, Encik Heng Chee How dan Cik Denise Phua.


Cik Teo dan Dr Wan Rizal menggantikan mantan menteri Dr Yaacob Ibrahim dan AP Dr Lily Neo yang telah bersara.


"Rizal mungkin baru di sini, tapi sebenarnya beliau telah menjadi pemimpin masyarakat selama lebih 10 tahun. Bagi saya, sejak 2006, saya merupakan AP bagi GRC Bishan-Toa Payoh. Disebabkan itu di Jalan Besar, keutamaan pertama saya adalah untuk mengenali anda," kata Cik Teo dalam Siaran Politik bagi Kawasan Undi (CPB) sebentar tadi.


"Dalam hal ini, saya amat beterima kasih kepada Dr Yaacob Ibrahim dan Dr Lily Neo. Walaupun mereka telah mengundurkan diri, mereka dengan besar hati mengongsi apa yang mereka tahu bersama Rizal dan saya. Inilah cerminan 'semangat kampung' yang kukuh di Jalan Besar - ramai relawan dan banyak program untuk menyokong penduduk kita," tambahnya.


 Dr Wan Rizal pula mengongsi sedikit latar belakang mengenai dirinya seperti pengalaman pembelajarannya dari ditempatkan dalam aliran normal di sekolah menengah ke meraih diploma, ijazah sarjana muda pada usia 31 tahun dan kemudian Doktor Falsafah (PhD) setelah menjadi ayah empat anak.


"Ini adalah kisah Singapura, kisah mengenai harapan. Kita mesti terus menjadi negara dengan banyak peluang, peluang untuk semua, bukan hanya segelintir yang bernasib baik, tetapi untuk memberi semua orang, setiap warga Singapura peluang," katanya.


Sementara itu, pesaing bagi GRC tersebut, pasukan Suara Rakyat (PV) diwakili pengasasnya, Encik Lim Tean, yang berkata terdapat dua aspek dalam menjadi seorang AP hebat.


Di peringkat tempatan, AP PV akan mendengar dan bekerjasama dengan individu yang membentuk masyarakat.


Aspek kedua pula ialah bagaimana AP itu dapat menyampaikan suara dan keprihatinan kawasan undi mereka di Parlimen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >