Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Hari ketiga kempen: Pagi-pagi lagi, calon parti sudah keluar bertemu penduduk

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Hari ketiga kempen: Pagi-pagi lagi, calon parti sudah keluar bertemu penduduk

Jul 02, 2020 | 10:33 AM



 



 



BEBERAPA calon pilihan raya telah keluar berkempen pada awal pagi Khamis (2 Julai) dengan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Chan Chun Sing dan muka baru, Encik Alvin Tan, dilihat melawat Pusat Makanan dan Pasar Pek Kio di GRC Tanjong Pagar.



Lain-lain anggota GRC Tanjong Pagar, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah dan seorang lagi muka baru, Encik Eric Chua, juga dilihat bersembang-sembang dengan penduduk.



Parti Perpaduan Nasional (NSP) yang bertanding di GRC Tampines, juga bertemu penduduk dan mengagihkan risalah parti, di luar stesen MRT Tampines. Kumpulan itu diketuai presiden NSP, Encik Reno Fong.



Sementara itu, Menteri Pembangunan Negara Encik Lawrence Wong, yang memimpin pasukan PAP di GRC Marsiling-Yew Tee juga mendekati penduduk di luar Causeway Point.



Beliau mengagihkan risalah dengan ditemani anggota pasukannya - Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Kerja) Encik Zaqy Mohamad, Encik Alex Yam dan Cik Hanny Soh. Turut serta ialah AP kawasan undi itu yang akan bersara Encik Ong Teng Koon.



Dua calon yang bertanding di SMC Yio Chu Kang - Encik Yip Hon Weng dari PAP dan Cik Kayla Low dari PSP - bertemu penduduk di pasar Blok 629 Ang Mo Kio. Ketua PSP, Dr Tan Cheng Bock, menemani Cik Low.



Anggota PAP di Bishan-Toa Payoh - Menteri Pertahanan, Ng Eng Hen, Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pendidikan) Encik Chee Hong Tat; Encik Chong Kee Hiong dan Encik Saktiandi Supaat - menemui penduduk di Toa Payoh Central.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >