Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

PILIHAN RAYA 2020

Ingat pesan mendiang Lee jaga Tanjong Pagar

Jul 02, 2020 | 05:30 AM



BUKAN biasa-biasa, malah GRC Tanjong Pagar adalah kawasan undi cukup istimewa, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.



Oleh itu, beliau dan calon pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang akan bertanding di kawasan undi itu dalam Pilihan Raya Umum 2020 akan bekerja keras kerana tidak mahu kawasan undi itu jatuh ke tangan yang salah.



Menurut Encik Chan, yang telah berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) di GRC Tanjong Pagar sejak 2011, setiap pilihan raya amat penting bagi pasukan PAP yang bertanding di kawasan undi yang pernah diterajui Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew itu.



Semasa penggal pertama beliau berkhidmat di kawasan undi itu, Encik Chan berkata mendiang Encik Lee berpesan kepadanya supaya sentiasa menjaga negara, Tanjong Pagar dan penduduk.



"Sebab itulah setiap pilihan raya amat penting bagi kami kerana kami tahu beliau (mendiang Encik Lee) telah bekerja keras membangunkan tempat ini, Singapura secara umumnya, tetapi khususnya Tanjong Pagar.



"Oleh itu, kami mempunyai tanggungjawab amat besar bukan sahaja untuk menjaga tempat ini dan penduduk bahkan terus mempertingkatnya.



"Oleh sebab kami sangat kenal dengan penduduk kami, kami akan berjuang bersungguh-sungguh. Kami tidak mahu kawasan undi ini jatuh ke tangan pihak yang tidak benar-benar prihatin menjaga penduduk tetapi ingin diundi masuk ke Parlimen untuk... memenuhi agenda masing-masing," kata Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >