Encik Ivan Lim membuat keputusan yang bertanggungjawab apabila beliau mengundurkan diri sebagai calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan raya tahun ini, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong pada Ahad. "Beliau sedar kontroversi berkaitan pencalonannya boleh mengalihkan perhatian terhadap isu serius yang perlu kita hadapi semasa pilihan raya dan juga krisis ini," tambah Encik Wong. "Ini keputusan yang sukar bagi beliau, namun ia keputusan yang bertanggungjawab." Katanya, keputusan Encik Lim untuk mengundur diri membolehkan pengundi untuk menumpukan perhatian kepada rancangan calon-calon untuk membantu Singapura mengatasi masalah-masalah yang disebabkan pandemik Covid-19.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg