CALON PAP SHARAEL TAHA DAN PRESIDEN SDA DESMOND LIM BERTEMBUNG DI PASIR RIS - SAMA-SAMA PIKAT PENDUDUK: Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Pasir Ris Punggol, Encik Mohamed Sharael Taha (baju-T putih, kiri) terserempak Presiden Perikatan
Demokratik Singapura (SDA) Encik Desmond Lim Bak Chuan semasa bertemu penduduk di Elias Mall di Pasir Ris semalam. - Foto BH oleh KEVIN LIM
MUKA BARU PAP HANY SOH CEDERA - CEDERA SEMASA BERKEMPEN: Muka baru PAP, Cik Hany Soh, yang akan bertanding di GRC Marsiling Yew Tee terjatuh dan mengalami keretakan di kaki kirinya semasa berkempen kelmarin. Menurut beliau, kejadian itu bermakna beliau terpaksa mengurangkan kegiatan bertemu penduduk bagi tempoh empat minggu akan datang. - Foto HANY SOH FACEBOOK
AMRIN DI GELANGGANG BARU DI GRC SENGKANG - DEKATI PENDUDUK: Encik Amrin Amin, calon PAP yang berpindah dari GRC Sembawang ke GRC Sengkang yang baru ditubuhkan bagi Pilihan Raya Umum ini, berbual-bual dengan penduduk di pusat makanan di Anchorvale 303. - Foto BH oleh LIM YAOHUI
CALON NSP MOHD RIDZWAN BERKEMPEN DI TAMPINES MART - SAMPAIKAN PESANAN: Calon pasukan Parti Perpaduan Nasional (NSP)di GRC Tampines, Encik Mohd Ridzwan Mohammad, bertemu penduduk di Tampines Mart semalam. - Foto BH oleh JOEL CHAN