Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

'Kehadiran pembangkang yang ketara' di Parlimen walau apa pun hasil pilihan raya, kata PM Lee

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

'Kehadiran pembangkang yang ketara' di Parlimen walau apa pun hasil pilihan raya, kata PM Lee

Jun 30, 2020 | 08:34 PM



'KEHADIRAN pembangkang yang ketara' dijamin di Parlimen, tidak kira apa yang berlaku dalam pilihan raya umum, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Selasa (30 Jun).

Dalam satu sidang media maya, beliau berkata skim Anggota Parlimen Tanpa Kawasan undi (NCMP) yang diperluas kini memberi jaminan akan ada 12 anggota pembangkang di Parlimen, walaupun sekiranya PAP menang semua kerusi.

"NCMP mempunyai hak mengundi penuh, sama dengan AP yang dipilih. Mereka boleh mengundi bagi belanjawan, mereka boleh mengundi bagi pindaan perlembagaan, mereka juga boleh mengundi bagi usul keyakinan," katanya.
" Jadi apa pun yang berlaku, kehadiran pembangkang yang ketara dijamin. Tidak ada kemungkinan pembangkang diketepikan dari Parlimen."

Dengan ini, kata Encik Lee, warga Singapura tidak harus mengundi bagi "calon kompromi" yang akan melemahkan pasukan nasional.

Mereka harus meneliti calon dan parti dengan teliti, memilih calon atau pasukan GRC yang mereka fikir boleh melakukan tugas yang terbaik untuk mereka di kawasan undi mereka, dan yang partinya akan berkhidmat kepada Singapura dengan terbaik jika dipilih, tambahnya.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >