Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ketua WP mohon maaf tiada wakil dalam perbahasan Mandarin secara langsung di TV

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Ketua WP mohon maaf tiada wakil dalam perbahasan Mandarin secara langsung di TV

Jul 02, 2020 | 06:56 PM



KETUA Parti Pekerja (WP) telah memohon maaf kerana tidak menghantar wakil dalam satu perbahasan secara langsung dalam bahasa Mandarin di televisyen nasional semalam.



Encik Pritam Singh, Setiausaha Agung WP, berkata hari ini (2 Julai) bahawa ada individu dalam parti itu yang boleh berucap dan berkomunikasi secara berkesan dengan penduduk dalam bahasa Mandarin.



Tetapi tahap kefasihan yang diperlukan dalam menyertai perbahasan secara langsung, adalah lebih tinggi, kata beliau.



Empat parti bertanding untuk jumlah kerusi tertinggi dalam Pilihan Raya Umum (GE) kali ini, masing-masing diundang menghantar seorang calon bagi perbahasan edisi bahasa Inggeris dan Mandarin.



Mantan Anggota Parlimen WP, Low Thia Khiang dan Chen Show Mao, dikenali fasih dalam bahasa Mandrin tetapi tidak bertanding sebagai calon dalam pilihan raya kali ini.



WP mengetengahkan calon baru Profesor Madya Jamus Lim bagi perbahasan dalam bahasa Inggeris yang juga menampilkan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Dr Vivian Balakrishnan; ketua Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan; dan calon Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Francis Yuen.



PAP telah mengetengahkan Encik Ong Ye Kung bagi perbahasan dalam bahasa Mandarin sementara PSP diwakili oleh penolong setiausaha agungnya, Encik Leong Mun Wai dan SDP menampilkan anggota parti, Encik Bryan Lim.



Bercakap dengan wartawan sebelum sesi bertemu penduduk di Pusat Makan dan Pasar Kovan di Hougang, Encik Pritam berkata beliau berbesar hati di atas sokongan penyokong yang hanya berbahasa Mandarin sahaja.



“Saya perlu meminta maaf kerana parti tidak menghantar seorang wakil ke perbahasan Saluran 8 semalam (1 Julai)..” kata beliau.



Permohoanan maaf itu diulangi oleh pengerusi WP, Sylvia Lim dalam bahasa Mandarin.



Ketiadaan WP dalam perbahasan itu mencetuskan komen awam bahawa ia satu peluang yang terlepas untuk mendekati pengundi berbahasa Mandarin.



Encik Pritam memberi keyakinan bahawa WP akan terus berusaha menarik warga Singapura yang dwi-budaya, yang boleh mengambil bahagian dalam perbahasan sedemikian.



Tetapi beliau tekankan mereka harus pertama dan terlebih dahulu berminat dalam khidmat awam.



Tambah Encik Pritam, WP tidak mempunyai kesukaran untuk mendekati golongan berbahasa Mandarin di kawasan undi GRC Aljunied, kawasan yang dipegang WP sejak 2011. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >