MENTERI Pembangunan Negara Lawrence Wong pada pagi Ahad (28 Jun) mengumumkan barisan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang bakal bertanding dalam GRC Marsiling-Yew Tee.
Encik Wong, akan memimpin GRC Marsiling-Yew Tee, bersama Encik Alex Yam; Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad dan calon baru PAP Cik Hany Soh.
Ini bermakna Encik Zaqy akan meninggalkan GRC Chua Chu Kang.
Cik Soh pula akan menggantikan bekas AP GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Ong Teng Koon.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg