Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Lima 'kejutan' yang perlu anda tahu pada Hari Penamaan Calon

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Lima 'kejutan' yang perlu anda tahu pada Hari Penamaan Calon

Jun 30, 2020 | 06:06 PM



KESEMUA 93 kerusi akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum setelah 192 calon akan bertanding dalam 17 GRC dan 14 SMC.



Hanya calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan bertanding bagi setiap kerusi.



Di kalangan Parti Pembangkang, Parti Kemajuan Singapura (PSP) mempunyai paling ramai calon seramai 24 orang, disusuli dengan Parti Pekerja (WP) seramai 21 orang, Parti Demokratik Singapura (SDP) (11 calon) manakala Parti Perpaduan Nasional (NSP) dan Suara Rakyat (PV) masing-masing mempunyai 10 calon.



Antara kejutan pada hari penamaan calon hari ini (30 Jun) ialah:



- Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berpindah dari GRC Tampines ke GRC East Coast bagi mengetuai GRC itu. Beliau menggantikan mantan Menteri Tenaga Manusia Encik Lim Swee Say yang akan bersara dari politik. Sebelum hari ini, menteri yang akan mengetuai GRC East Coast menjadi tanda tanya.



- Calon PAP yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, menyertai GRC West Coast, yang kini mempunyai dua menteri. Beliau, yang sebelum ini dari GRC Jurong, akan menyertai Menteri Perhubungan dan Penerangan Encik S. Iswaran yang akan mengetuai GRC itu. Mereka akan menentang Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang diketuai Dr Tan Cheng Bock.



- Adik Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Yang, tidak bertanding bagi pilihan raya ini walaupun dilihat di kedai kopi berdekatan pusat penamaan di Sekolah Rendah Bendemeer pagi tadi.



- Muka baru PAP, Cik Gan Siow Huang akan bertanding di SMC Marymount. Jeneral wanita pertama dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) itu akan menghadapi persaingan daripada Dr Ang Yong Guan, calon Parti Kemajuan Singapura (PSP).



- Pengerusi Parti Demokratik Singapura Dr Paul Tambyah akan bertanding di SMC Bukit Panjang menyusuli satu perubahan taktikal dilakukan parti pembangkang itu. Beliau akan menentang calon PAP, Encik Liang Eng Hwa, yang sebelum ini merupakan Anggota Parlimen (AP) GRC Holland-Bukit Timah. Encik Liang menggantikan Dr Teo Ho Pin yang bersara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >