Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Masagos beri penghargaan kepada empat AP Melayu/Islam yang bersara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Masagos beri penghargaan kepada empat AP Melayu/Islam yang bersara

Jun 30, 2020 | 08:53 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, memberi penghargaan kepada empat mantan AP Melayu/Islam yang bersara dari politik.

Mereka ialah Dr Yaacob Ibrahim, Dr Intan Azura Mokhtar, Encik Zainal Sapari dan Dr Fatimah Lateef

"Jasa dan sumbangan mereka tidak ternilai. Mereka berwibawa, dan mempunyai naluri untuk berbakti demi kebaikan masyarakat dan bukan untuk memenuhi keperluan sendiri,'' kata Encik Masagos dalam posnya di Facebook pada Selasa (30 Jun).

"Kepada Dr Yaacob Ibrahim, Dr Intan Azura, Dr Fatimah Lateef dan Encik Zainal Sapari, terima kasih atas sumbangan ikhlas anda. Walaupun sudah bersara dari arena politik, saya yakin anda akan terus berbakti, dalam cara anda sendiri demi pembangunan masyarakat dan negara kita,'' tambahnya.

Beliau menambah naluri kemasyarakatan mereka menyerlah.

"Mereka sama seperti kata pepatah, hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa. Bagi pihak rakan AP Melayu/Islam lain, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka dan saya doakan agar mereka maju jaya dalam apa juga bidang yang mereka ceburi seterusnya,'' ujar Encik Masagos.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >