Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Masagos yakin masyarakat dapat atasi cabaran Covid-19 jika bersatu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Masagos yakin masyarakat dapat atasi cabaran Covid-19 jika bersatu

Jul 08, 2020 | 11:38 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, melahirkan keyakinan masyarakat dapat mengharungi krisis ekonomi yang tercetus akibat pandemik Covid-19 ini asalkan masyarakat bersatu.



Di sebalik perbezaan pendapat yang timbul selama berkempen dalam Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020), beliau berkata masyarakat tidak boleh berpecah-belah kerana krisis ekonomi yang sukar itu memerlukan kerjasama semua pihak.



Encik Masagos, calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang bertanding di GRC Tampines, berkata demikian dalam sesi perbincangan bagi menggulung kempen Pilihan Raya Umum (GE) dalam Bahasa Melayu menerusi Facebook Live malam tadi.



Mengulas mengenai kempen pilihan raya, beliau berkata ada yang berbeza pendapat sejajar dengan semangat demokrasi.



“Tetapi, saya rasa kadangkala ada waktu maklumat disampaikan tidak kena dengan cara atau budaya dan agama kita. Kita memang menganggarkan ia akan berlaku.



“Tetapi, selepas tempoh pilihan raya, kita harus memaafkan satu sama lain kerana kita harus bersatu.



“Tentunya, keluar hal-hal yang tidak sopan atau mengguris hati, saya harap dalam kita menghadapi masalah yang getir, kita tidak boleh berpecah belah dan kita harus bekerjasama dan terus bersatu,’’ tegas beliau.



Beliau disertai calon PAP di GRC Sengkang yang juga Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri dan Kesihatan), Encik Amrin Amin dan calon PAP GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >