Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Mewujudkan pekerjaan antara tumpuan utama PAP di GRC East Coast: DPM Heng

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Mewujudkan pekerjaan antara tumpuan utama PAP di GRC East Coast: DPM Heng

Jul 01, 2020 | 11:59 PM



PASUKAN Parti Tindakan Rakyat (PAP) GRC East Coast, yang diterajui Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, Rabu malam (1 Julai) melancarkan manifesto mereka dengan tumpuan diberikan kepada beberapa isu penting penduduk seperti memastikan keselamatan mereka, mewujudkan pekerjaan, dan membangunkan prasarana fizikal.



Memberi perincian mengenai manifesto tersebut dalam satu rapat dalam talian secara langsung, Encik Heng berkata mempunyai pekerjaan adalah cara penting untuk memenuhi harapan dan impian, justeru penting bagi penduduk GRC itu menimba kemahiran atau ilmu pengetahuan baru.



”Ramai daripada anda tahu bahawa kita telah mengeluarkan empat belanjawan dalam 100 hari, membelanjakan hampir $100 bilion untuk memastikan dalam tempoh yang teruk ini, kami dapat menyokong perniagaan dan pekerja,” kata Encik Heng.



Rapat bertemakan “Rumah yang lebih baik untuk East Coast”, turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar dan Pertahanan) Dr Maliki Osman, Cik Cheryl Chan, Cik Jessica Tan, dan muka baru Encik Tan Kiat How.



Encik Heng berkata pasukan PAP yang beliau pimpin itu mahu mewujudkan sekitaran yang lebih bertenaga di East Coast dengan anak-anak di sekolah, maktab rendah, institut pendidikan teknikal, dan universiti boleh terus melakukan yang terbaik.



Dari segi prasarana fizikal pula, Encik Heng berkata selain prasarana menjadi wadah untuk membawa masyarakat bersama, perlu juga untuk membina sekitaran yang “bertimbang rasa”.



Manakala itu pelbagai cara juga dapat dilaksanakan bagi memastikan keselamatan penduduk antaranya bagaimana duta jarak selamat dapat bekerja keras bagi memastikan sekitaran yang selamat.



Dalam rapat menerusi Faceboook GRC East Coast itu, Encik Heng berkata ketika mengadakan sesi bertemu penduduk, beliau berbesar hati ramai di antara penduduk memberitahunya mereka terus dapat bekerja di pusat penjaja.



Mereka mampu melakukan demikian disebabkan bantuan yang mereka terima dari segi pengecualian sewa, ujarnya.



Manifesto GRC East Coast itu juga memperincikan usaha untuk memenuhi keperluan warga emas selain meneruskan projek-projek jangka panjang untuk mengindahkan, menggabungkan, dan melestarikan ciri-ciri unik yang terdapat di kediaman East Coast.



"Yang menjadi keutamaan kami ialah kesejahteraan anda. Kami akan terus mendekati anda untuk memahami keperluan anda, dan memperbaiki persekitaran anda serta menyediakan program sosial yang menepati keperluan anda,” tambahnya.



Dr Maliki pula berkata, sebagai datuk bandar South East bagi hampir 10 tahun, antara yang dilakukannya di kawasan itu adalah menjaga kesejahteraan penduduk yang paling mudah terjejas, iaitu mereka yang berpendapatan rendah dan warga emas.



“Bagi rakyat yang berpendapatan rendah, kami akan terus melihat bagaimana untuk bekerjasama dengan pihak korporat, ia bukan pemerintah sahaja yang membantu.



“Saya rasa apa yang berguna adalah untuk lihat cara kami mewujudkan sosio padat bersama rakyat, iaitu dengan juga mendekati rakan korporat kami,” katanya.



Beliau menambah ini supaya mereka dapat terus mendekati golongan tersebut supaya dapat saling membantu mewujudkan masyarakat bersatu padu yang boleh saling menyokong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >